Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman canselor ketiga SUTD

Jul 1, 2024 | 5:52 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam merupakan canselor ketiga Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), mengambil alih daripada Dr Tony Tan yang berkhidmat dari 2012 hingga 2022. 
Presiden Tharman Shanmugaratnam merupakan canselor ketiga Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), mengambil alih daripada Dr Tony Tan yang berkhidmat dari 2012 hingga 2022.  - Foto MCI

Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) mengumumkan Presiden Tharman Shanmugaratnam sebagai canselor pada 1 Julai. 

Tuan Presiden merupakan canselor ketiga SUTD, mengambil alih daripada Dr Tony Tan yang dahulu berkhidmat dari 2012 hingga 2022, dan mantan presiden, Encik S R Nathan, yang turut berkhidmat pada 2009 hingga 2012, kata satu kenyataan SUTD pada 1 Julai.

“Kami berasa terharu Presiden Tharman telah menerima undangan untuk menjadi canselor baru kami.

“Reputasi beliau sebagai seorang ahli ekonomi bertaraf dunia dan penggubal dasar dipadankan dengan kerendahan hatinya dan hubungan bersama orang ramai. Masyarakat universiti kami, terutama pelajar SUTD, akan memperoleh banyak manfaat daripada kebijaksanaan dan pandangannya,” kata pengerusi SUTD, Encik Lee Tzu Yang.

Tuan Presiden memegang jawatan sebagai Presiden Singapura pada September 2023.

Sebelum itu, beliau berkhidmat dalam bidang politik selama 22 tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Penglibatan Tuan Presiden pada permulaan inisiatif SkillsFuture turut dikenang, yang menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dan peluang untuk membangunkan kemahiran warga Singapura.

Beliau juga menggalakkan inisiatif yang bertujuan mendalami dan memajukan modal kepelbagaian budaya Singapura.

Di peringkat global, Tuan Presiden turut menerajui pelbagai pertubuhan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pembaharuan kewangan, mempersiapkan diri bagi menghadapi pandemik pada masa depan, pelajaran dan kemampanan air global.

Pada masa ini, Tuan Presiden menganggotai lembaga Kumpulan 30 (G30), sebuah badan antarabangsa yang terdiri daripada ketua syarikat ekonomi dan kewangan daripada sektor awam dan swasta.

Beliau juga mempengerusikan bersama Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air (GCEW), serta Lembaga Penasihat untuk Laporan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga berada dalam Lembaga Pemegang Amanah Forum Ekonomi Sedunia (WEF), yang menasihati WEF mengenai hala tuju strategiknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg