Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman: Habib Hassan tonggak kekuatan masyarakat berbilang agama S’pura

Nov 3, 2024 | 8:17 PM
Habib Hassan (kanan), yang menerima anugerahnya daripada Presiden Tharman Shanmugaratnam, merupakan antara 6,774 individu yang menerima anugerah pingat dan penghargaan sempena Hari Kebangsaan 2024.
Habib Hassan (kanan), yang menerima anugerahnya daripada Presiden Tharman Shanmugaratnam, merupakan antara 6,774 individu yang menerima anugerah pingat dan penghargaan sempena Hari Kebangsaan 2024. - Foto FACEBOOK THARMAN SHANMUGARATNAM

Imam Masjid Ba’alwie, Habib Syed Hassan Syed Mohammad Salim Al-Attas atau lebih dikenali dengan panggilan Habib Hassan, merupakan tonggak kekuatan dalam masyarakat berbilang agama di Singapura, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menyatakan demikian dalam hantaran di Facebook beliau pada 3 November, Tuan Presiden menyifatkan Habib Hassan sebagai seseorang yang amat merendah hati.

“Sebagai salah seorang imam paling lama berkhidmat di Singapura, Habib Hassan telah menjadi tonggak kekuatan dalam masyarakat berbilang agama di Singapura.

“Dan begitu merendah hati... ‘saya hanya setitik air di lautan’,” kata Tuan Presiden memetik kata-kata Habib Hassan.

Habib Hassan merupakan antara 6,774 individu yang menerima anugerah pingat dan penghargaan sempena Hari Kebangsaan 2024.

Pada 3 November, Habib Hassan menerima Darjah Utama Bakti Cemerlang daripada Tuan Presiden dalam satu majlis penyampaian yang berlangsung di ITE Kolej Central, di Ang Mo Kio.

Menceritakan kisah lama, Tuan Presiden berkata Habib Hassan membesar bersama masyarakat Katolik di sebelah rumah dan mereka yang beragama Hindu di seberang jalan.

“Kemudian selama lebih 40 tahun, Imam Syed Hassan Mohammad Al-Attas telah memastikan pintu Masjid Ba’alwie di Lewis Road terbuka kepada orang ramai daripada semua lapisan agama, dan menjadikan misinya untuk membina persefahaman antara kita semua,” kata Tuan Presiden.

Tuan Presiden menambah beliau telah mengenali Habib Hassan sejak bertahun lamanya.

Habib Hassan, kata Tuan Presiden, telah menganjurkan lawatan belajar ke muzium silang agama Masjid Ba’alwie yang menempatkan kitab Injil dan Taurat selain Al-Quran serta barangan lama lain daripada kepercayaan yang berbeza.

Pada masa yang sama Tuan Presiden turut melahirkan penghargaannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pembangunan Woodlands Health, Cik Jennie Chua, yang menerima Darjah Utama Bakti Cemerlang.

Selain itu Tuan Presiden turut merakamkan penghargaan kepada pengerusi Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Encik Peter Ho, yang menerima pingat tertinggi negara kali ini, iaitu Darjah Utama Nila Utama (Dengan Kepujian).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg