Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Tharman sertai acara peringati Hari Kebangsaan di Istana

Aug 8, 2025 | 6:53 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam, Lawrence Wong, Lee Hsien Loong, acara peringati Hari Kebangsaan
Presiden Tharman Shanmugaratnam (tiga dari kiri) disertai Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (empat dari kiri); Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong (tiga dari kanan); dan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri) di Majlis Memperingati Hari Kebangsaan (NDOC) di Istana pada 8 Ogos. - Foto ST

Majlis Memperingati Hari Kebangsaan (NDOC) diadakan di Istana pada 8 Ogos menyaksikan sekitar 500 tetamu yang hadir di acara itu.

Presiden Tharman Shanmugaratnam disertai Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Turut menyerikan acara tersebut ialah sekitar 500 hadirin termasuk kakitangan Istana, kakitangan awam daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pejabat Presiden.

Sempena menyambut acara itu, lagu kebangsaan dinyanyikan dan ikrar negara dilafaz bersama.

Sesi nyanyian turut diadakan dengan lagu, Song for Singapore, nyanyian asal Corrine May.

Acara diakhiri dengan persembahan oleh Pelajar Sekolah Persatuan Golongan Berkeperluan Khas (APSN) Chaoyang, yang menyanyikan lagu-lagu Hari Kebangsaan ikonik.

Ia termasuk lagu, The Road Ahead, Singapore Town, Home dan medley merangkumi One United People, Where I Belong, Our Singapore dan My Island Home.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Tuan Presiden, kelihatan tetamu yang hadir berpeluang berinteraksi dan bergambar bersamanya serta pemimpin negara lain.

Sementara itu, Encik Wong dan Encik Lee turut memuatnaikkan video di laman sosial mereka.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penghibur kerana mengisi majlis dengan tenaga, warna dan Semangat Singapura!,” kata Encik Wong.

Beliau telah menghadiri dua acara sambutan Hari Kebangsaan berbeza bersama rakan sekerja di Istana dan di bangunan The Treasury.

Di samping itu, Encik Lee pula berkata:

“Saya menantikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang esok (9 Ogos 2025), serta semua sambutan masyarakat yang disediakan sempena (ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-60) #SG60.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg