Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pritam: Pembangkang terus kerja keras jelang pilihan raya 2025

Dec 31, 2024 | 4:10 PM
Parti pembangkang akan terus bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (GE), kata setiausaha agung dan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dalam Amanat Tahun Barunya.
Parti pembangkang akan terus bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (GE), kata setiausaha agung dan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dalam Amanat Tahun Barunya. - Foto fail

Parti pembangkang akan terus bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (GE), kata Setiausaha Agung dan Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dalam Amanat Tahun Barunya.

Mengimbas kembali 2024, beliau berkata partinya telah didorong dan diberikan tenaga dengan pengiktirafan orang ramai terhadap tugas parlimennya sebagai pembangkang yang setia.

“Pada 2025, kami akan terus berusaha keras untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat menjelang GE.

“Kepada semua penduduk, sukarelawan, penyokong, penderma dan anggota parti, saya mengalu-alukan anda untuk bersama kami dalam perjalanan WP menuju GE2025 dan memainkan peranan anda untuk membina sistem politik yang lebih seimbang dan stabil untuk Singapura pada tahun akan datang,” kata Encik Pritam.

Pada separuh pertama 2024, di Parlimen, Anggota Parlimen (AP) Cik Sylvia Lim, Encik Gerald Giam dan Encik Jamus Lim telah menyuarakan mengenai krisis keyakinan terhadap penggunaan teknologi dan alat digital.

Mereka telah menyokong perlindungan pelanggan yang lebih kukuh dan langkah untuk menangani ketidakseimbangan kuasa antara bank dengan pelanggan.

Mereka juga mendesak pemerintah serta perniagaan memulakan inisiatif yang dapat mencegah kerugian dan perkongsian liabiliti yang saksama untuk melindungi kepercayaan pengguna.

Selain itu, AP Encik Dennis Tan dan Cik He Ting Ru telah meneliti Rang Undang-undang Antipengubahan Wang Haram (AML) dan Perkara-Perkara Lain apabila ia dibahaskan pada Ogos.

Cik He mencadangkan pengawasan untuk memasukkan pejabat keluarga tunggal, seni halus dan mata wang kripto.

Encik Tan pula menyatakan bahawa pematuhan AML bagi firma, bank, agensi hartanah, peguam dan penyedia perkhidmatan lain yang terlibat dalam bahagian urus niaga sepatutnya diperkukuh jika mereka dikehendaki menjalankan pemeriksaan AML.

Dalam pada itu, walaupun WP menyokong rang undang-undang pekerja platform yang dibahaskan di Parlimen pada September, Encik Jamus Lim, Encik Louis Chua serta Encik Pritam turut membangkitkan keperluan untuk memberi insentif.

Ia agar dapat meningkatkan penggunaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) oleh pekerja platform, perkongsian kos yang saksama dan ketelusan daripada syarikat platform dan perlindungan yang lebih kukuh seperti pampasan kecederaan di tempat kerja dan kecukupan persaraan untuk pekerja platform.

“Parti Pekerja yakin bahawa perbahasan parlimen yang membina dan tindak balas yang teliti daripada pembuat dasar terhadap pertanyaan akan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk kepentingan Singapura dan rakyat Singapura,” tambah Encik Pritam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg