Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program baru bagi sektor perkhidmatan sekitaran bakal dilancar Apr 2025

Bertujuan sokong individu pertengahan kerjaya timba kemahiran, rangkumi juga industri seperti aplikasi teknologi serta amalan kemampanan
Nov 3, 2024 | 5:49 PM
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semasa acara Hari Singapura Hijau dan Bersih 2024 pada 3 November yang diadakan Pusat Stephen Riady, di NUS UTown.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semasa acara Hari Singapura Hijau dan Bersih 2024 pada 3 November yang diadakan Pusat Stephen Riady, di NUS UTown. - Foto ST
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, bersama Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, antara yang hadir semasa majlis menanam pokok sempena Hari ‘Singapura Bersih dan Hijau’ pada 3 November.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, bersama Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, antara yang hadir semasa majlis menanam pokok sempena Hari ‘Singapura Bersih dan Hijau’ pada 3 November. - Foto ST

Satu program baru bagi menyokong individu pertengahan kerjaya menimba kemahiran dalam industri seperti aplikasi teknologi bagi operasi, pematuhan dan piawaian, serta amalan kemampanan akan dilancarkan pada April 2025.

Program ‘latih dan tempat’ sepenuh masa selama tiga bulan itu merangkumi 11 kursus singkat mengenai topik-topik seperti robotik dan aplikasi automasi, serta kontrak berdasarkan hasil bagi khidmat pembersihan.

Program peralihan Kerjaya SkillsFuture itu merupakan kerjasama Politeknik Temasek (TP), Persatuan Pengurusan Persekitaran Singapura dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, sempena Hari Singapura Bersih dan Hijau (CGS) 2024 yang berlangsung di Pusat Stephen Riady yang terletak di NUS UTown.

“Melalui program ini, kami berharap dapat menarik lebih ramai pekerja pertengahan kerjaya yang berbakat menyertai sektor perkhidmatan sekitaran bagi membina kerjaya yang bermakna,” kata Encik Heng.

Maklumat lanjut bakal disediakan di laman web TP pada lewat November ini.

Di acara tersebut, Encik Heng menyertai sekitar 160 pelajar serta kakitangan NEA, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Majlis Pembangunan Masyarakat South West dalam satu majlis menanam pokok sempena Hari CGS. 

Acara yang turut dihadiri oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Cik Amy Khor; Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, itu turut menyaksikan pelancaran acara Cleanpod Majlis Kebersihan Awam (PHC) di Taman West Coast.

Cleanpod merupakan bangsal yang ditempatkan di taman, pantai serta kawasan perumahan, di mana orang ramai boleh mengakses alat mengutip sampah seperti penyepit sampah dan baldi bagi membersihkan kawasan tersebut.

Kesemuanya terdapat 21 Cleanpod di serata pulau, termasuk yang terbaru yang ditempatkan di Taman West Coast.

“Inisiatif ini menawarkan akses yang mudah kepada alat yang dikongsi seperti penyepit sampah, baldi dan sebuah troli untuk menjadikan proses menjaga kebersihan sekitaran kita lebih mudah dilakukan penduduk.

“Saya menggalak semua penduduk supaya memanfaatkan sumber ini dan menggunakannya dengan lebih kerap supaya kita dapat mengekalkan usaha bersama ini bagi memastikan Singapura sentiasa bersih,” kata Encik Heng.

Encik Heng bersama penduduk, rakan akar umbi, anggota Pergerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) dan sukarelawan pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS), kemudian memanfaatkan Cleanpod menerusi satu aktiviti pembersihan masyarakat di taman itu.

Kegiatan pembersihan tersebut adalah antara hampir 130 aktiviti yang dianjurkan setakat ini bagi menyokong tahun kebersihan awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg