Program Bingkisan Ramadan satukan ummah, sebar rahmah di S’pura, Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program Bingkisan Ramadan satukan ummah, sebar rahmah di S’pura, Indonesia

Feb 13, 2026 | 5:30 AM

Program Bingkisan Ramadan satukan ummah, sebar rahmah di S’pura, Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Senyuman syukur penerima Bingkisan Ramadan di Indonesia pada 2025.
Senyuman syukur penerima Bingkisan Ramadan di Indonesia pada 2025. - Foto ATTAWASOL INSANIY SINGAPURA

Menyambut bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan dan keampunan, umat Islam digalak memperkukuh persiapan rohani serta memperbanyak amal kebajikan.

Rasulullah saw bersabda apabila tiba Ramadan, “Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ramadan turut menghidupkan nilai keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat.

Seiring dengan semangat tersebut, Attawasol Insaniy Singapura, sekali lagi menganjurkan Program Bingkisan Ramadan 1447 Hijrah, iaitu daya usaha tahunan yang menyediakan pelbagai pakej khidmat Bingkisan Ramadan secara terancang, amanah dan berterusan.

Program itu bertujuan membantu pelajar tahfiz, golongan memerlukan, keluarga berpendapatan rendah serta anak-anak di rumah kebajikan terpilih di Singapura dan Indonesia.

Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan menyambut Ramadan sekali lagi.

Menurutnya, Ramadan merupakan peluang terbaik mempertingkat ibadah serta menambah amalan kebajikan dengan penuh keikhlasan.

Antara pakej yang disediakan termasuk iftar Ramadan, keperluan asas, bekalan daging kambing dan ayam, serta kurma bermutu yang dibawa dari Singapura.

Daging kambing diperoleh dari ladang milik badan itu bagi memastikan mutu, ketelusan dan keberkatan terjaga.

Setiap sumbangan disampaikan dengan penuh tanggung jawab berlandaskan slogan Attawasol Insaniy: ‘Menyatukan Ummah, Menyebarkan Rahmah, Menyampaikan Amanah’.

Tempat tumpuan bagi 2026 meliputi kawasan pedalaman dan pergunungan Indonesia seperti Gunung Kidul dan Sleman, serta beberapa institusi dan masyarakat di Indonesia seperti Bondowoso, Tangerang, Kalimantan, Kepulauan Riau dan Banten.

Program itu turut disokong rakan sukarelawan dan petugas lapangan di Indonesia.

Selain itu, Attawasol Insaniy juga menawarkan Khidmat Khataman Al-Quran (Individu dan Jamak) serta Tahlil harian sepanjang Ramadan untuk arwah tersayang.

“Selain pelaksanaan Bingkisan Ramadan, Attawasol Insaniy turut menyediakan (kurma) Ruthob Segar sebagai sebahagian daripada daya usaha Ramadan, bagi kegunaan berbuka puasa, hadiah serta perkongsian bersama masjid, pertubuhan dan masyarakat,” jelas Ustaz Dr Leyakat.

Penyertaan bagi ‘Khidmat Bingkisan Ramadan’ dibuka sehingga 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447, kecuali bagi fidyah, wakaf pembinaan anak yatim dan badal haji.

Perkembangan pengagihan boleh diikuti melalui Facebook Attawasol Insaniy Singapore.

Untuk menderma, sila imbas kod QR ini.
Untuk menderma, sila imbas kod QR ini. - Foto ATTAWASOL INSANIY SINGAPURA
Untuk khidmat Bingkisan Ramadan, sila imbas kod QR ini.
Untuk khidmat Bingkisan Ramadan, sila imbas kod QR ini. - Foto ATTAWASOL INSANIY SINGAPURA

SEKILAS:

1. Isi borang tempahan secara dalam talian. Imbas kod QR atau klik pautan: bit.ly/khataman2026 atau linktr.ee/attawasolinsaniy

2. WhatsApp langsung ke talian 9272-9132, 8874-8848, 9027-3547.

3. Lokasi mereka tersedia untuk kemudahan anda. Datang dan temui pasukan mereka atau kunjungi pejabat Madrasah Khairiah untuk membuat tempahan secara terus di alamat 152, Still Road Singapura (423991). Buat janji temu di talian 6344-6334 atau ke Shubby Sweets Bakery di 42, Chai Chee Street, #01-68 (461042) atau Goldmas Jewellery di 103, Arab Street (199799).

4. Untuk pengambilan dari rumah, hubungi talian 8874-8848.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg