Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Utamakan kesihatan mental kakitangan

Masjid Alkaff Kampung Melayu anjur pelbagai kegiatan sihat lagi menarik demi rehat minda
Oct 27, 2024 | 5:30 AM
Kegiatan sihat seperti menjelajah alam, atau ‘trekking’, beramai-ramai, menjadi kegiatan fizikal lazim anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu.
Kegiatan sihat seperti menjelajah alam, atau ‘trekking’, beramai-ramai, menjadi kegiatan fizikal lazim anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Mental yang sihat adalah asas dan aset terpenting bagi kesejahteraan setiap individu. Begitulah pendekatan Masjid Alkaff Kampung Melayu (MAKM) dalam mengatasi tekanan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal di tempat kerja dalam kesibukan mengumpul dana bagi Program Peningkatan Masjid (MUP). 

Menurut Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustazah Khairun Nisa Yusni, pihak masjid cukup prihatin terhadap kesihatan mental kakitangannya, dan kerap melakukan kegiatan sihat dan program interaktif bersama agar dapat memupuk ikatan utuh antara mereka.   

Beliau turut memberitahu Berita Harian (BH) bahawa kakitangan masjid tersebut digalakkan mengadakan komunikasi terbuka, berbincang dan mengajukan persoalan untuk mendapatkan kepastian bagi setiap persoalan.

Ustazah Nisa berpendapat, kesihatan mental adalah asas kesejahteraan bagi seseorang dan kemampuan bagi masyarakat untuk berfungsi secara berkesan. 

“Pekerja-pekerja di Masjid Alkaff Kampung Melayu sering diingatkan tentang pentingnya berkomunikasi antara rakan sekerja, pengurus, pegawai sumber manusia atau bersama ketua jabatan yang lain.

“Komunikasi ini tidaklah hanya terhad untuk membincangkan perihal  pekerjaan, malah diimbangi dengan bertanyakan khabar, mengetahui perasaan dan keadaan mereka. Dalam kata erti lain, seperti  ‘regular check-ins’ memandangkan setiap pegawai ini diberi tugasan penting untuk mengumpul dana bagi projek peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu,” jelas Ustazah Nisa.

Kegiatan menarik untuk ‘relaks’ minda

Untuk menenangkan minda, pelbagai kegiatan menarik dilakukan bersama atau perseorangan. Antaranya, permainan meniup buih menjadi kegemaran kakitangan di sini. 

“Ketika dihadapi dengan pelbagai tugasan, pegawai Masjid Alkaff Kampung Melayu juga ada kalanya mengambil sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk menghilangkan tekanan, atau stress. Antaranya, mereka akan bermain ‘meniup buih’, atau ‘blow bubbles’, secara beramai-ramai atau bersendirian.

“Permainan ini merupakan kegiatan yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak, namun kegiatan ini juga sangat digemari oleh pegawai Masjid Alkaff Kampung Melayu. 

“Di samping itu, permainan seperti ini juga mempunyai pelbagai faedah, bukan sahaja boleh menghilangkan tekanan malah membina hubungan sosial dalam kalangan kakitangan pekerja masjid.

“Kegiatan ini sering dilakukan pada waktu petang atau bila-bila masa pekerja masjid rasakan keperluan untuk mengurangkan tekanan,” ujar Ustazah Nisa dengan ceria.

Bagi memperbaiki kesejahteraan mental dan meningkatkan moral dan motivasi dalam kalangan pekerja, Masjid Alkaff Kampung Melayu turut menganjurkan kegiatan riadah pada setiap suku tahun.

Kegiatan ini termasuk kegiatan fizikal ringan seperti menjelajah alam, atau ‘trekking’, beramai-ramai, menghadiri bengkel kemahiran seperti bengkel membancuh kopi, dan makan tengah hari bersama rakan sekerja yang lain. Kegiatan sihat sebegini dianggap dapat memastikan kebajikan pekerja terjaga, di samping sumbangan mereka kepada pihak masjid terus dihargai. 

“Penjagaan dan kesihatan mental sangat penting terutama sekali dalam alam pekerjaan. Ini kerana jiwa dan mental yang sihat dapat memberikan motivasi dan produktiviti yang baik di samping membina kerjaya yang bermakna. 

“Kami memilih kelas membancuh kopi sebagai kegiatan menenangkan minda kerana kopi merupakan minuman kegemaran ramai, terutamanya bagi pekerja Masjid Alkaff Kampung Melayu pada waktu pagi.

“Selain itu, mereka juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembikinan kopi, khasiat yang didapati dalam kopi dan juga mengenali perbezaan mutu kopi yang tersedia dalam pasaran,” tambah Ustazah Nisa.

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu: 

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’, dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.

2. Hantarkan cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow kepada UEN: S94MQ0017D.  Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke Pejabat Masjid dari Isnin hingga Khamis, 2 petang hingga 6 petang.

* Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut. 

* Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok, Facebook dan Instagram: @MasjidAlkaffKampungMelayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg