Tanpa latar belakang rasmi dalam bidang teknologi, Encik Muhammad Termidzi Azmi, 39 tahun, mantan Pakar Pemulihan Pembetulan (CRS) dan Kaunselor Penjara, telah mengambil langkah berani dengan melakukan peralihan pertengahan kerjaya ke sektor teknologi.

Kini, beliau menerajui usaha automasi kecerdasan buatan (AI) miliknya sendiri, Agent Samur.ai, dalam bidang keselamatan siber.