Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program latihan NTUC bantu pekerja nikmati kenaikan gaji

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program latihan NTUC bantu pekerja nikmati kenaikan gaji

Apr 12, 2024 | 03:59 PM



Seramai 3,062 pekerja daripada 150 syarikat yang diberi Geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) berpeluang mendapat manfaat daripada kenaikan gaji purata sebanyak 5 peratus, di samping kenaikan gaji tahunan mereka, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.

Encik Ng berkata Geran CTC telah memberi “kesan yang besar” dengan pekerja mendapat manfaat daripada “pertumbuhan gaji sebenar” dan “pendedahan dan peluang kerjaya yang lebih luas”.

“Ia amat menggalakkan untuk melihat NTUC dapat menyokong lebih 3,000 pekerja, termasuk hampir satu perempat daripada mereka adalah PME (karyawan, pengurus dan eksekutif), melalui Geran CTC.

“Dengan lebih ramai PME dalam tenaga kerja kita hari ini, NTUC bersedia mewakili kepentingan mereka dan memastikan gaji, kebajikan dan prospek kerja mereka juga diutamakan,” kata Encik Ng.

NTUC berkata hampir satu perempat atau 727 daripada 3,062 pekerja itu, adalah PME daripada 61 syarikat yang diberikan Geran CTC.

Pada 12 April, Encik Ng melawat ST Engineering di Boon Lay untuk menyaksikan bagaimana Geran CTC memberi manfaat kepada syarikat dan pekerjanya.

CTC ialah daya usaha yang dicadangkan NTUC pada Februari 2019 untuk membantu syarikat mencapai penghasilan lebih tinggi dan membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran mereka seiring dengan transformasi perniagaan.

Sejak itu, NTUC telah membentuk lebih 2,000 CTC setakat Mac 2024 dan sedang berada di landasan menubuhkan 2,500 CTC menjelang 2025.

ST Engineering adalah salah satu syarikat perintis yang memohon dan dianugerahkan Geran CTC.

Syarikat tersebut mempunyai 12 projek Geran CTC merentas perniagaan sistem darat, aeroangkasa komersial, aeroangkasa pertahanan dan marinnya, yang memanfaatkan lebih 150 pekerja.

Antara 12 projek itu, empat diterajui ST Engineering Land Systems.

“Sedap saya dengar pagi ini bahawa ST Engineering telah bekerjasama rapat dengan NTUC. Dalam sesetengah projek, ia telah mengurangkan waktu kerja yang memerlukan 14 hari pada masa lalu kepada 2 hingga 4 hari ini. Ini adalah peningkatan produktiviti sebanyak 700 peratus!

“Pada masa yang sama, tenaga kerja amat terdorong, termasuk PME, artis 3D dan penyembur cat, kerana mendapat manfaat daripada pertumbuhan gaji benar melebihi kenaikan tahunan biasa, dan pendedahan dan peluang kerjaya yang lebih luas,” kata Encik Ng.

Empat projek Geran CTC yang diurus ST Engineering Land Systems telah memanfaatkan 77 pekerja. Antaranya, 31 pekerja atau 40 peratus adalah PME, kata NTUC.

Semasa lawatannya ke ST Engineering Land Systems, Encik Ng menyaksikan demonstrasi dua projek Geran CTC – Pengecatan Semburan Robotik dan Pengimbasan 3D.

Kedua-dua projek menggunakan teknologi dan automasi baru untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan tenaga intensif pekerja.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) susulan lawatan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja ST Engineering (STESU), Encik Sazali Zainal berkata, Geran CTC telah memberi manfaat kepada ramai pekerja dari segi peningkatan kemahiran dan juga dari segi peningkatan gaji.


“Pada mulanya, saya rasa pekerja agak keberatan meningkatkan kemahiran kerana mereka tidak nampak keperluan mendesak untuk mereka tingkat kemahiran.

“Selepas beberapa projek, ramai pekerja menyedari bahawa mereka dapat mempelajari banyak ilmu menerusi peningkatan kemahiran diri, dan mereka juga boleh mendapat gaji lebih tinggi.

“Beban kerja juga sudah berkurangan berbanding sebelum ini,” kata Encik Sazali, yang juga ahli Jawatankuasa Pusat NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >