‘Program Pelajar Angkat’ Nur Insan pastikan yang kurang mampu tetap timba ilmu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Program Pelajar Angkat’ Nur Insan pastikan yang kurang mampu tetap timba ilmu

Feb 20, 2026 | 5:30 AM

‘Program Pelajar Angkat’ Nur Insan pastikan yang kurang mampu tetap timba ilmu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Madrasah Mingguan Nur Insan
Murid Darjah 6 di Madrasah Mingguan Nur Insan di cawangan Yishun, tekun dan penuh berdedikasi dalam menimba ilmu agama setiap minggu. - Foto NUR INSAN

Pelbagai daya usaha kebajikan disediakan oleh Nur Insan demi memastikan khidmatnya memberi pendidikan percuma dapat diteruskan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Salah satunya ialah Program Pelajar Angkat (Adopt A Student) yang memberi peluang kepada masyarakat menaja perjalanan pendidikan Islam seorang pelajar sepanjang tahun.

Menurut Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan:

“Masih terdapat kanak-kanak yang mempunyai keinginan tinggi untuk belajar agama, namun berdepan kepentingan kewangan. Tanpa sokongan kewangan, sebahagian pelajar berisiko tercicir daripada pendidikan Islam.”

Nur Insan sudah memulakan misi menawarkan pendidikan Islam secara percuma kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kemampuan kewangan semenjak 11 tahun lalu.

Bagi 2026 ini sahaja, lebih 1,500 pelajar meraih manfaat melalui pelbagai program pendidikan Islam setiap minggu.

Tajaan serendah $50

Program ini bertujuan memastikan tiada anak Islam tercicir daripada memperolehi pendidikan agama atas faktor kewangan.

Dengan itu, peluang menaja ini sangat berharga dan dimampui, dengan sumbangan serendah $50 sebulan untuk membantu seorang pelajar.

Tajaan meliputi:

– Kos pendidikan madrasah

– Buku pembelajaran tahunan

– Baucar ‘Bag to School’ untuk persediaan sekolah

Penyumbang akan menerima:

– Profil pelajar (identiti dilindungi)

– Laporan perkembangan akademik dua kali setahun (Jun dan Disember)

Encik Muhammad Faaris berkata sasaran menaja sekurang-kurangnya 300 pelajar bagi 2026.

Ketika ini, seramai 85 pelajar telah ditaja sejak kempen itu diperkenalkan pada 2025.

Menurutnya, Ramadan merupakan peluang terbaik melipatgandakan amalan sedekah dan kebajikan:

“Tajaan pendidikan merupakan satu bentuk sedekah jariah yang memberi ganjaran berterusan.

“Setiap ilmu yang dipelajari dan diamalkan oleh pelajar berpotensi menjadi pahala berpanjangan kepada penyumbang.”

Pelbagai daya usaha kebajikan disediakan sepanjang Ramadan di https://www.nurinsan.sg/donate termasuk:

* Wakaf ilmu

* Projek Dermaone ($1 setiap hari sepanjang Ramadan)

* Zakat Harta

* Fidyah

* Derma Bulanan

* Sumbangan umum bagi menyokong operasi pendidikan

Anda juga boleh mengenali program badan ini dengan bertanya kepada pegawai Nur Insan di Bazar Geylang sepanjang Ramadan di depan Wisma Geylang Serai.

Untuk menderma, sila imbas kod QR ini.
Untuk menderma, sila imbas kod QR ini. - Foto NUR INSAN

SEKILAS:

1. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Pelajar Angkat Nur Insan, sila lungsuri pautan, https://www.nurinsan.sg/adoptastudent atau hubungi talian 6920-7505.

2. Sumbangan masyarakat akan dapat membantu menampung kos operasi $500,000 setahun bagi mengekalkan program pendidikan percuma ini.

3. Untuk membuat sumbangan secara langsung, sila Imbas kod QR (PayNow) yang tersedia (UEN: 53462377L) serta WhatsApp (Sertakan bukti pembayaran anda) ke talian 8768-4688.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg