Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program Ramadan lebih inklusif, disertai semua lapisan masyarakat

Apr 14, 2024 | 5:30 AM
Program Ramadan yang dijalankan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama masjid setempat bertujuan menggalak masyarakat yang inklusif dan menekankan peranan penting masjid merealisasikan matlamat itu.
Program Ramadan yang dijalankan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama masjid setempat bertujuan menggalak masyarakat yang inklusif dan menekankan peranan penting masjid merealisasikan matlamat itu. - Foto MUIS

Program Ramadan yang dianjurkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama masjid setempat kian inklusif dengan penyertaan serta penglibatan masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia.

Program yang dijalankan, seperti solat tarawih anjuran kariah di kawasan kejiranan serta khidmat penjagaan kanak-kanak semasa solat tarawih, telah memberi manfaat kepada ramai termasuk keluarga muda, warga emas, pekerja migran dan golongan memerlukan.

Terdapat pelbagai ruang solat tarawih disediakan di serata Singapura. Antaranya di Blok 872 Woodlands Street 81. Ruang-ruang yang disediakan oleh kariah memastikan semua golongan, termasuk yang berusia atau kurang upaya, masih boleh menjalankan solat tarawih di kawasan dekat rumah mereka.
Terdapat pelbagai ruang solat tarawih disediakan di serata Singapura. Antaranya di Blok 872 Woodlands Street 81. Ruang-ruang yang disediakan oleh kariah memastikan semua golongan, termasuk yang berusia atau kurang upaya, masih boleh menjalankan solat tarawih di kawasan dekat rumah mereka. - Foto MUIS

Pengerusi kempen tahunan SalamSG 2024, Encik Izuan Mohd Rais, ketika menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM) berkata Muis dan masjid sedang berusaha menjadi lebih inklusif dalam kegiatan yang dijalankan.

“Program-program yang diadakan berupaya merancakkan lagi penyertaan dan penglibatan jemaah kami dan masyarakat Islam amnya dari pelbagai lapisan masyarakat,” kata Encik Izuan.

“Alhamdulillah, peningkatan dalam penyertaan oleh para jemaah sepanjang Ramadan mencerminkan keinginan masyarakat kita untuk terus menyertai program di masjid, menimba ilmu dan meningkatkan penghayatan agama kita dan mengamalkannya dengan penuh keyakinan, sesuai dengan tema tahun ini, ‘Bina Keyakinan, Pupuk Kebijaksanaan’,” tambahnya.

Gerakan SalamSG 2024 – yang menggalak masyarakat Islam setempat untuk bersama-sama meningkatkan amalan baik – dilancarkan secara rasmi pada 9 Mac, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan.

Kempen itu bertujuan membina keyakinan masyarakat dalam ilmu agama, memupuk daya tahan dan memperkasa masyarakat Islam untuk memperoleh kebijaksanaan dalam pembelajaran dan pengetahuan mereka.

Antara program yang dijalankan ialah pengagihan habuan Ramadan SalamSG Gives pada 23 Mac dengan kakitangan masjid dan sukarelawan mengedarkan kuih dan kek Raya kepada keluarga yang memerlukan, dan membantu mereka membuat persiapan Hari Raya.

‘Ramadan SalamSG Gives’, satu kempen bermakna yang digerakkan oleh masjid-masjid di Singapura, berusaha mengagihkan hamper makanan dan keperluan Ramadan kepada mereka yang memerlukan.
‘Ramadan SalamSG Gives’, satu kempen bermakna yang digerakkan oleh masjid-masjid di Singapura, berusaha mengagihkan hamper makanan dan keperluan Ramadan kepada mereka yang memerlukan. - Foto MUIS
Program ‘Ramadan SalamSG Gives’ bertujuan menggalakkan budaya kesukarelawanan dan mendorong individu menyumbang kepada program pembangunan sosial yang komprehensif.
Program ‘Ramadan SalamSG Gives’ bertujuan menggalakkan budaya kesukarelawanan dan mendorong individu menyumbang kepada program pembangunan sosial yang komprehensif. - Foto MUIS
Sukarelawan ‘Ramadan SalamSG Gives’ pergi dari rumah ke rumah untuk mengagihkan hamper makanan dan keperluan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Sukarelawan ‘Ramadan SalamSG Gives’ pergi dari rumah ke rumah untuk mengagihkan hamper makanan dan keperluan kepada keluarga berpendapatan rendah. - Foto MUIS

Program Cabaran Belia Ramadan (RYC) yang dianjurkan pada 23 dan 24 Mac pula melibatkan 250 belia berusia 13 hingga 25 tahun.

Perkhemahan dua hari satu malam itu bertujuan mewujudkan wadah untuk belia mendapatkan pemahaman lebih mendalam tentang Ramadan. Inisiatif menyelamatkan bumi turut diselitkan dalam program tersebut.

Program Cabaran Belia Ramadan (RYC) melibatkan empat masjid iaitu Masjid Assyakirin, Masjid An-Nahdhah, Masjid Al-Ansar dan Masjid Abdul Gafoor. Dengan menjalankan solat tarawih di tempat yang terbuka, inisiatif selamatkan bumi juga dapat
dijalankan.
Program Cabaran Belia Ramadan (RYC) melibatkan empat masjid iaitu Masjid Assyakirin, Masjid An-Nahdhah, Masjid Al-Ansar dan Masjid Abdul Gafoor. Dengan menjalankan solat tarawih di tempat yang terbuka, inisiatif selamatkan bumi juga dapat dijalankan. - Foto MUIS

Bagi memudahkan ibu bapa menunaikan solat tarawih di masjid, tujuh masjid menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak sepanjang ibadah itu dijalankan.

Untuk memastikan ibu bapa dapat menunaikan solat tarawih di masjid dengan tenang, tujuh masjid menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak agar mereka boleh solat tanpa risaukan tentang anak mereka.
Untuk memastikan ibu bapa dapat menunaikan solat tarawih di masjid dengan tenang, tujuh masjid menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak agar mereka boleh solat tanpa risaukan tentang anak mereka. - Foto MUIS

Di kawasan kejiranan, solat tarawih yang dianjurkan kumpulan kariah di serata Singapura memberi peluang kepada anggota masyarakat Islam yang tinggal agak jauh dari masjid untuk sama-sama bertarawih dengan jiran tetangga dalam suasana selesa dan tenang.

Sebanyak 31 masjid bekerjasama dengan kumpulan kariah untuk menawarkan sekitar 12,000 ruang solat tarawih setiap malam sepanjang bulan mulia itu.

Pekerja migran beragama Islam pula mempunyai lebih banyak ruang solat di dormitori mereka.

Lebih 36,000 ruang solat tarawih disediakan di 35 dormitori dan empat pusat rekreasi, berbanding 12,500 pada Ramadan sebelumnya.

Sementara itu, penggunaan teknologi telah membolehkan program yang dianjurkan turut disertai mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal.

Pekerja migran Bangladesh berhimpun di dewan luar di tingkat tiga dormitori ASPRI-Westlite Papan sambil menantikan buka puasa. Mereka juga menjalankan solat Tarawih bersama-sama.
Pekerja migran Bangladesh berhimpun di dewan luar di tingkat tiga dormitori ASPRI-Westlite Papan sambil menantikan buka puasa. Mereka juga menjalankan solat Tarawih bersama-sama. - Foto BM oleh IZWANDI AZMAN

Program Quran Hour yang diadakan pada 27 Mac misalnya dihadiri 2,830 peserta di 36 masjid, dan 700 peserta yang menyertai secara langsung dalam talian iaitu di wadah YouTube dan Facebook SalamSG TV.

Program satu jam itu bertujuan menyatukan masyarakat dan memperkayakan kehidupan beragama masyarakat melalui bacaan Al-Quran secara berkumpulan, sebagai permulaan kepada malam Nuzul Quran.

Hingga 11 April, ia telah ditonton sebanyak 17,500 kali di Facebook SalamSG TV dan sebanyak 1,600 kali di YouTube SalamSG TV.

Program ‘Quran Hour’ 2024 mendapat sambutan
yang jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Program satu jam itu bertujuan menyatukan masyarakat dan memperkayakan kehidupan beragama masyarakat melalui bacaan al-Quran secara berkumpulan, sebagai permulaan kepada malam Nuzul Quran.
Program ‘Quran Hour’ 2024 mendapat sambutan yang jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Program satu jam itu bertujuan menyatukan masyarakat dan memperkayakan kehidupan beragama masyarakat melalui bacaan al-Quran secara berkumpulan, sebagai permulaan kepada malam Nuzul Quran. - Foto MUIS

Program Night of Power pada 6 April pula dihadiri 3,600 jemaah secara fizikal di empat masjid, dan 400 jemaah secara langsung dalam talian.

Program itu bertujuan memperingati malam lailatulqadar dan menyatukan
masyarakat dalam solat dan ibadah sebagai komponen utama dalam usaha
memperkukuh kehidupan beragama masyarakat.

Hingga 11 April, ia telah ditonton sebanyak 17,500 kali di Facebook SalamSG TV dan sebanyak 1,600 kali di YouTube SalamSG TV.

Tontonan itu jauh lebih tinggi berbanding sejumlah 4,800 tontonan di kedua-dua wadah itu pada 2023.

Empat masjid terlibat dalam program ‘Night of Power’, iaitu Masjid Maarof, Masjid Mujahidin, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Darul Aman. Bagi Masjid Maarof, tetamu undangan untuk acara tersebut adalah Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir (belakang).
Empat masjid terlibat dalam program ‘Night of Power’, iaitu Masjid Maarof, Masjid Mujahidin, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Darul Aman. Bagi Masjid Maarof, tetamu undangan untuk acara tersebut adalah Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir (belakang). - Foto MUIS
Tetamu undangan bagi program ‘Night of Power’ di Masjid Mujahidin ialah Timbalan Mufti,
Ustaz Izal Mustafa Kamar (kanan). Program ‘Night of Power’ 2024 mendapat sambutan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Tetamu undangan bagi program ‘Night of Power’ di Masjid Mujahidin ialah Timbalan Mufti, Ustaz Izal Mustafa Kamar (kanan). Program ‘Night of Power’ 2024 mendapat sambutan lebih baik berbanding tahun sebelumnya. - Foto MUIS

“Program-program yang diadakan berupaya merancakkan lagi penyertaan dan penglibatan jemaah kami dan masyarakat Islam amnya dari pelbagai lapisan masyarakat. Alhamdulillah, peningkatan dalam penyertaan oleh para jemaah sepanjang Ramadan mencerminkan keinginan masyarakat kita untuk terus menyertai program di masjid, menimba ilmu dan meningkatkan penghayatan agama kita dan mengamalkannya dengan penuh keyakinan, sesuai dengan tema tahun ini, ‘Bina Keyakinan, Pupuk Kebijaksanaan’.” 
Encik Izuan Mohd Rais, Pengerusi kempen tahunan SalamSG 2024.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg