Projek BTO tertinggi bakal dibina di Pearl’s Hill, cecah 60 tingkat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek BTO tertinggi bakal dibina di Pearl’s Hill, cecah 60 tingkat

Mar 4, 2026 | 6:13 PM

Projek BTO tertinggi bakal dibina di Pearl’s Hill, cecah 60 tingkat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lakaran artis bagi pembangunan perumahan awam baru setinggi 60 tingkat yang akan dibina di Pearl’s Hill, berhampiran stesen MRT Outram Park dan di kaki bukit Pearl’s Hill City Park.
Lakaran artis bagi pembangunan perumahan awam baru setinggi 60 tingkat yang akan dibina di Pearl’s Hill, berhampiran stesen MRT Outram Park dan di kaki bukit Pearl’s Hill City Park. - Foto MND

Flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tertinggi di Singapura, yang bakal mencecah ketinggian 60 tingkat, akan dibina di kaki bukit Pearl’s Hill di Outram Park.

Ia juga 10 tingkat lebih tinggi berbanding The Pinnacle@Duxton, yang merupakan projek perumahan awam tertinggi di Singapura kini.

Projek Bina Ikut Tempahan (BTO) sebesar 1,700 unit itu merupakan kali pertama dalam tempoh lebih 40 tahun sejak perumahan awam dibina di kaki bukit tersebut.

Langkah untuk menyuntik perumahan baru ke dalam bandar lama adalah sebahagian daripada rancangan pemerintah untuk membina lebih banyak flat dengan lebih pantas, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat.

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara (MND) di Parlimen pada 4 Mac, Encik Chee berkata perubahan kawal selia kini membenarkan bangunan yang lebih tinggi dibina berhampiran lapangan terbang.

Justeru, HDB akan mencari lebih banyak peluang untuk meningkatkan penggunaan tanah dan membina flat yang lebih tinggi di seluruh Singapura bagi memenuhi keperluan perumahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg