Projek rintis Reach, IPS cari muafakat isu warga S’pura, asing

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek rintis Reach, IPS cari muafakat isu warga S’pura, asing

24 individu capai persetujuan penuh bagi 34.3% kenyataan dalam projek rintis lihat tahap kesepakatan masyarakat
Jan 20, 2026 | 7:36 PM

Projek rintis Reach, IPS cari muafakat isu warga S’pura, asing

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tan Kiat How, Dr Justin Lee, Dawn Yip,
(Dari atas kiri, ikut putaran jam) Zamil Penyelidik Kanan dan Ketua Makmal Dasar, IPS, Dr Justin Lee; Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How; Zamil Penyelidik, Makmal Dasar IPS, Encik Nicholas Thomas; dan pengamal pembangunan organisasi dan penyertaan awam, Cik Dawn Yip membincangkan hasil dapatan Persidangan Persetujuan mengenai Integrasi Tempatan-Asing semasa perbincangan dalam talian yang diadakan pada 20 Januari. - Foto IPS, NUS

Apabila diberi peluang dan ruang selamat untuk membincang serta merundingkan isu-isu sukar, titik persamaan lebih mudah dicapai.

Ini antara dapatan dari “Persidangan Persetujuan mengenai Integrasi Tempatan-Asing” anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) dengan kerjasama Reach, unit maklum balas pemerintah, pada November 2025.

Seramai 24 individu yang terdiri daripada 16 warga Singapura, lima warga asing dan tiga penduduk tetap membentangkan 67 kenyataan meliputi bidang seperti pekerjaan, isu silang budaya dan ekonomi.

Kumpulan tersebut mencapai persetujuan penuh (100 peratus) bagi 34.3 peratus kenyataan, iaitu 23 daripada 67 kenyataan.

Bagaimanapun, tahap persetujuan berbeza mengikut empat bidang perbincangan.

Empat bidang berbeza terdiri daripada kehidupan masyarakat, pendidikan, pekerjaan dan silang budaya.

Perbezaan tersebut menunjukkan isu mana yang boleh disepakati dan isu mana yang masih ada perselisihan.

Bagi kehidupan masyarakat, termasuk isu saling menghormati, kumpulan itu mencapai kata sepakat bagi 14 daripada 18 kenyataan.

Sementara itu, bidang pendidikan mencatat empat daripada 16 kenyataan mendapat kata sepakat.

Bidang pekerjaan pula menyaksikan persetujuan 100 peratus bagi empat daripada 18 kenyataan.

Namun, bidang silang budaya hanya mencapai kata sepakat bagi satu daripada 15 kenyataan.

Tujuan projek itu adalah untuk mendengar pandangan kededua pihak (warga asing dan tempatan), dan memahami punca “kebimbangan yang semakin memuncak” di Singapura terhadap warga asing, kata Encik Nicholas Thomas, Zamil Penyelidik Makmal Dasar IPS.

Penyelidik mendapati naratif yang mengabaikan sumbangan warga Singapura menyebabkan mereka rasa kurang diiktiraf dalam isu tempatan-asing.

Mereka juga menyarankan agar bahasa dasar yang menggambarkan warga sebagai penerima ihsan pemerintah dan bukan pihak berkepentingan diteliti semula.

Data mengenai isu kontroversi mungkin ada, tetapi sukar dicari.

Penyelidik mencadangkan integrasi tempatan-asing diberi perhatian institusi sebagai “tonggak tersendiri bagi kesilangbudayaan Singapura.”

Mereka juga menggesa agar projek rintis itu diperluaskan bagi melihat sama ada hasil yang sama boleh dicapai di seluruh Singapura.

Projek rintis melibatkan penduduk Changi-Simei di GRC East Coast.

Para penyelidik turut melaporkan 95.8 peratus peserta mengalami pengalaman positif, 91.6 peratus menyifatkannya bermakna, dan 87.5 peratus merasa proses itu memperkasakan.

Malah, 83.3 peratus yakin model itu boleh dilaksanakan di kawasan pilihan raya, masyarakat atau topik lain.

Pengerusi Reach, Encik Tan Kiat How yang juga Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), dalam panel dalam talian pada 20 Januari, mengakui maklum balas positif projek tersebut.

Beliau berkata Reach komited untuk mewujudkan lebih banyak ruang selamat bagi warga Singapura membincangkan perkara penting bagi mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg