Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PSP perkenal calon bagi SMC Marymount, Kebun Baru

Apr 17, 2025 | 2:35 PM
Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi SMC Marymount, Encik Jeffrey Khoo (kanan), dan calon PSP SMC Kebun Baru, Encik Tony Tan Lay Thiam, diperkenalkan di Pusat Beli-belah Bishan North pada 17 April.
Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi SMC Marymount, Encik Jeffrey Khoo (kanan), dan calon PSP SMC Kebun Baru, Encik Tony Tan Lay Thiam, diperkenalkan di Pusat Beli-belah Bishan North pada 17 April. - Foto BH oleh NYIMAS ANDREANA

Parti Kemajuan Singapura (PSP) telah memperkenalkan dua calon bagi SMC Marymount dan SMC Kebun Baru pada Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), Encik Jeffrey Khoo, 56 tahun; dan Encik Tony Tan Lay Thiam, 55 tahun,.

Mereka diperkenalkan pengerusi PSP, Dr Tan Cheng Bock, pada sidang media di Pusat Beli-belah Bishan North pada 17 April.

Encik Khoo merupakan bekas calon GRC West Coast, manakala Encik Tan merupakan bekas anggota Parti Perpaduan Nasional (NSP).

Encik Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif firma perunding risiko serantau, berkata tumpuan utama beliau ialah kos sara hidup, pekerjaan dan pendidikan.

“Kami pernah berada di sini, Dr Ang juga pernah berkhidmat di sini, dan kami telah mengunjungi beberapa pasar... Saya rasa kami faham masyarakat di sini,” kata Encik Khoo mengenai bekas calon PSP, Dr Ang Yong Guan.

Encik Khoo dicalonkan bertanding di GRC West Coast pada Pilihan Raya Umum 2020.

Menurut Encik Khoo, perbezaan antara GRC West Coast dan SMC Marymount tidak terlalu besar.

“Kos sara hidup akan selalu menjejas warga Singapura, jadi perbincangan kami akan selalu menyentuh tentang topik itu dan pendidikan serta pekerjaan,” kata beliau.

Encik Tan pula, yang pernah menerima biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), adalah Pengasas Bersama/Pengarah Eksekutif Pendidikan Swasta dan syarikat permainan dalam talian.

Beliau menekankan pentingnya membina sebuah Singapura yang lebih baik, dan berusaha untuk memastikan tiada orang ketinggalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg