Puan Halimah gesa pemimpin S’pura sedia tangani gangguan bekalan tenaga berlarutan
Puan Halimah gesa pemimpin S’pura sedia tangani gangguan bekalan tenaga berlarutan
Canselor SUSS turut tekankan kepentingan cari jalan tengah konflik Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran yang boleh pecah belah masyarakat
Apr 1, 2026 | 7:19 PM
Puan Halimah gesa pemimpin S’pura sedia tangani gangguan bekalan tenaga berlarutan
Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob (kanan), dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Cik Tan Su Shan, membincangkan beberapa isu termasuk kepimpinan wanita dan negara, dalam satu sesi sembang santai atau ‘fireside chat’ pada 1 April. - Foto DBS
Walaupun Singapura kecil, ia berupaya menangani gangguan bekalan tenaga dunia yang berpunca daripada ketegangan geopolitik semasa dengan memanfaatkan kekuatan negara, sumber dan keupayaannya, kata mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.
Beliau menambah gangguan itu mungkin mengambil masa bertahun lamanya untuk diperbaiki, justeru kepimpinan Singapura perlu bersedia dalam semua sektor dan menyesuaikan dasar sewajarnya, tanpa menganggap ia hanya sekadar gangguan sementara.
Laporan berkaitan
Gangguan khidmat PayNow, digital DBS/POSB jejas pelanggan pada tengah hariMar 19, 2026 | 5:25 PM
S’pura sasar jadi hab dagangan emas di AsiaMar 27, 2026 | 12:32 PM

