Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puan Halimah saksi istiadat tukar pengawal, hargai khidmat

Sep 3, 2023 | 7:50 PM
HARGAI KHIDMAT: Puan Halimah menyampaikan ucapan sewaktu menyaksikan istiadat pertukaran pengawal yang berlangsung di Istana pada Ahad. Upacara itu disaksikan ramai pejalan kaki (gambar atas).
HARGAI KHIDMAT: Puan Halimah menyampaikan ucapan sewaktu menyaksikan istiadat pertukaran pengawal yang berlangsung di Istana pada Ahad. Upacara itu disaksikan ramai pejalan kaki (gambar atas). - Foto-foto ST

Presiden Halimah Yacob telah menyaksikan istiadat pertukaran pengawal yang berlangsung di Istana, pada Ahad.

Istiadat yang biasa diadakan pada sebelah malam Ahad pertama setiap bulan itu merangkumi pengawal yang berbaris masuk untuk bertemu dengan pengawal yang sedang keluar.

Ia berlangsung di pintu masuk Istana.

Menyusuli istiadat itu, Puan Halimah telah berinteraksi dengan Pengawal Istiadat Istana, Skuad Latihan Ketepatan Senjata daripada Unit Penguatkuasaan Polis Tentera (MPEU) dan anggota perkhidmatan pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)

Beliau mengucapkan terimakasih di atas komitmen serta khidmat mereka.

Pada Jumaat, Encik Tharman Shanmugaratnam dipilih bakal menjadi Presiden negara setelah mengaup 70.4 peratus undi, menjadikan ia kemenangan pilihan raya presiden yang besar.

Mantan menteri kanan berusia 66 tahun itu bakal menggantikan jawatan Puan Halimah, yang telah berkhidmat sebagai Presiden Singapura sejak 2017.

Tanggal 13 September menandakan akhir penggal Puan Halimah, dan Encik Tharman bakal mengangkat sumpah pada 14 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg