Topik diikuti
Pergi ke BHkuPUB gesa orang ramai jauhi beberapa kawasan di S’pura akibat risiko banjir kilat
PUB gesa orang ramai jauhi beberapa kawasan di S’pura akibat risiko banjir kilat
Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi banyak kawasan di serata Singapura berikutan risiko banjir kilat, menurut agensi air negara PUB.
Dalam satu hantaran di platform media sosial X pada 11.57 pagi, PUB memberitahu bahawa banjir kilat telah berlaku di persimpangan Neo Pee Teck Lane dan Pasir Panjang Road.
Agensi itu memberi kemas kini 13 minit kemudian bahawa banjir kilat berkenaan telah surut.
Sejak 11 pagi, PUB telah memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi banyak kawasan di serata negara bagi tempoh sejam berikutan risiko banjir kilat.
Berikut adalah kawasan yang berisiko mengalami banjir kilat:
- Dari 11.05 pagi: Persimpangan Craig Road dan Tanjong Pagar Road
- Dari 11.11 pagi: Jalan susur East Coast Park
- Dari 11.22 pagi: Persimpangan Kampong Bahru Rd dan Spooner Road
- Dari 11.24 pagi: Bencoolen Street
- Dari 11.26 pagi: Mackenzie Road (berdekatan Bukit Timah Road)
- Dari 11.26 pagi: Alexandra Road (dari Malan Road ke Pasir Panjang Road)
- Dari 11.29 pagi: Persimpangan Balmoral Road dan Stevens Road
- Dari 11.34 pagi: Persimpangan Neo Pee Teck Lane dan Pasir Panjang Road
- Dari 11.37 pagi: Persimpangan Clementi Road dan Pasir Panjang Road
- Dari 11.43 pagi: Eskpreswe Ayer Rajah (AYE menghala ke bandar) (berdekatan Jejambat University)
- Dari 11.43 pagi: Persimpangan Clementi Road dan West Coast Road
- Dari 11.49 pagi: Jalan Boon Lay (dari International Road ke Enterprise Road)
- Dari 11.49 pagi: Persimpangan Geylang Road dan Lorong 1 Geylang
- Dari 11.52 pagi: Jalan susur berhampiran Upper Paya Lebar Road (berdekatan Lim Teck Boo Road)
- Dari 11.52 pagi: Persimpangan Sunset Drive dan Sunset Terrace
- Dari 11.52 pagi: Queen Astrid Park
- Dari 11.57 pagi: Persimpangan Cambridge Road dan Carlisle Road
- Dari 11.57 pagi: Jalan susur berhampiran Mountbatten Road (berdekatan Jalan Seaview)
- Dari 11.58 pagi: Kampong Java Road (dari Bulatan Newton ke Eskpreswe Central – CTE)
- Dari 12.00 tengah hari: Lorong Gambir
- Dari 12.05 tengah hari: Bukit Timah Road (berdekatan King Albert Park)
- Dari 12.06 tengah hari: Jalan Pokok Serunai
- Dari 12.10 tengah hari: Sims Avenue East
- Dari 12.20 tengah hari: Persimpangan Lalu Lintas Pesawat Drive dan Jurong Port Road
- Dari 12.23 tengah hari: Persimpangan Clementi Road dan Ulu Pandan Road
- Dari 12.25 tengah hari: Punggol Way (jalan susur ke Ekspreswe Tampines – TPE)
Sementara itu, suhu jatuh ke paras terendah 20.7 darjah Celsius di Clementi Road pada 12.20 tengah hari, menurut data di laman web Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).
Dalam ramalannya bagi separuh kedua September, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memaklumkan bahawa hujan lebat berserta petir dijangka berlaku pada lewat pagi dan petang di beberapa bahagian di Singapura pada kebanyakan hari.