Topik diikuti
Pergi ke BHkuPUB, Surbana Jurong diberi amaran bersyarat susulan insiden lubang benam Tanjong Katong
PUB, Surbana Jurong diberi amaran bersyarat susulan insiden lubang benam Tanjong Katong
PUB, Surbana Jurong diberi amaran bersyarat susulan insiden lubang benam Tanjong Katong
Agensi air negara, PUB, dan Surbana Jurong Consultants menerima amaran bersyarat susulan insiden lubang benam di Tanjong Katong pada 2025, atas pelanggaran Akta Kawalan Bangunan.
Lubang benam tersebut berpunca daripada kegagalan struktur di tapak kerja berhampiran, yang menyebabkan sebuah kereta terjerumus ke dalamnya pada 26 Julai 2025.
Pantas bertindak, para pekerja di tapak tersebut menggunakan tali nilon untuk menyelamatkan pemandu wanita itu.
Dalam kenyataan bersama pada 11 Jun, Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengesahkan siasatan terhadap insiden tersebut telah selesai.
Selain amaran kepada PUB dan Surbana Jurong Consultants, pihak berkuasa turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap enam individu serta kontraktor pakar berlesen, Ohin Construction.
Antara kesalahan yang didakwa ialah melaksanakan kerja-kerja tanpa kebenaran dan ketidakpatuhan terhadap pelan yang diluluskan.
“Kerja-kerja itu juga diteruskan tanpa penilaian risiko dan prosedur kerja selamat yang mencukupi,” kata agensi-agensi tersebut.
Mereka turut menambah terdapat kegagalan dalam pelesenan dan penyeliaan, serta kelemahan dalam ujian dan pemantauan.
Agensi-agensi itu berkata: “Ujian wajib yang ditetapkan di bawah pelan yang diluluskan tidak dijalankan.
“Sistem pengawasan video operasi juga tidak diselenggara di tapak kerja pada masa kejadian.”
Mereka turut mendedahkan kegagalan menyeluruh dalam sistem pelesenan dan penyeliaan, selain kelemahan kritikal dalam ujian serta pemantauan tapak.
“Ujian wajib yang ditetapkan tidak dilaksanakan, malah sistem pengawasan video juga tidak berfungsi sewaktu insiden berlaku,” tambah agensi-agensi tersebut.
Selain itu, pihak berkuasa tidak dimaklumkan tentang kemerosotan permukaan jalan sebelum lubang benam terbentuk.
Terdapat juga dakwaan pengisytiharan palsu berkaitan pelantikan penyelia tapak.
Insiden itu tercetus di tapak projek Tanjong Katong Road South yang melibatkan pembinaan lubang bagi menyambungkan tiga talian paip pembetungan baru.
Projek tersebut menggunakan kaedah cerucuk suntikan jet untuk pengukuhan tanah dan gegelang kaison konkrit sebagai struktur sokongan penggalian dalam.
Gegelang itu, yang dipasang secara berperingkat, berfungsi penting bagi menghalang keruntuhan tanah semasa proses penggalian.
Insiden lubang benam pada 26 Julai 2025 tercetus sekitar 5.50 petang susulan kegagalan struktur pada bahagian lubang yang sedang dibina.
Susulan kejadian itu, BCA segera melakukan pemeriksaan rapi ke atas lebih 60 projek serupa di seluruh negara, dan kesemuanya disahkan selamat.
Projek di Tanjong Katong Road South kini dihentikan sepenuhnya.
Operasi hanya dibenarkan sambung semula setelah kontraktor baru yang dilantik PUB mengemukakan pelan struktur terperinci untuk kelulusan Pesuruhjaya Kawalan Bangunan BCA.
Pada 11 Jun, Ohin Construction bersama enam individu yang terlibat secara langsung dengan syarikat itu telah didakwa di mahkamah berhubung insiden tersebut.
