Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pura-pura jadi wanita tawar khidmat seks: Lelaki dijel kerana tipu remaja

Aug 13, 2024 | 7:15 PM
Seorang lelaki berpura-pura menjadi pelajar wanita asing di wadah kiriman mesej Telegram dan menipu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sebanyak $190 untuk pembelian makanan, selain khidmat seksual yang tidak diberikan. Tan Shi Ren, 22 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan lima hari pada 13 Ogos 2024.
Seorang lelaki berpura-pura menjadi pelajar wanita asing di wadah kiriman mesej Telegram dan menipu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sebanyak $190 untuk pembelian makanan, selain khidmat seksual yang tidak diberikan. Tan Shi Ren, 22 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan lima hari pada 13 Ogos 2024. - Foto PIXABAY

Seorang penipu berpura-pura menjadi pelajar wanita asing di wadah kiriman mesej Telegram dan menipu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sebanyak $190 untuk pembelian makanan, selain khidmat seksual yang tidak diberikan.

Tan Shi Ren juga mendapatkan maklumat Singpass remaja itu dengan mendakwa dia ingin memohon satu dermasiswa dan memerlukan seseorang sebagai “penjaga”.

Seseorang yang tidak dikenali kemudian menggunakan maklumat Singpass mangsa untuk membuka tiga akaun bank.

Wang lebih $105,000 kemudian diurus niaga melalui akaun bank itu.

Daripada jumlah itu, lebih $61,500 dikaitkan dengan penipuan, lapor The Straits Times (ST).

Tan, 22 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan lima hari pada 13 Ogos, selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menipu dan satu tuduhan bantu orang lain mendapat faedah kelakuan jenayah.

Tan memberitahu penyiasat bahawa dia sedang mencari cara mendapatkan wang di Telegram apabila dia terlihat mesej daripada seseorang yang tidak dinamakan, yang sanggup membayar $6,000 bagi akaun Singpass.

Penolong Pendakwa Raya Chye Jer Yuan berkata: “Tertuduh tidak memberi bukti kelayakan Singpassnya sendiri, sebaliknya memutuskan memperdaya mangsa untuk memberi bukti kelayakan Singpass.

“Tertuduh tahu pembeli berkenaan akan gunakan akaun Singpass untuk membuka akaun bank bagi pengubahan ‘wang kotor’.

“Dia mendakwa tidak menerima wang seperti yang dijanjikan selepas menjual akaun itu kepada pembeli tersebut. Pembeli juga memadamkan sembang tersebut.”

Tan berpura-pura menjadi “Kattie Won” dan berkawan dengan mangsa di Telegram, sebelum mereka saling mengirim mesej di WhatsApp pada April 2023.

“Kattie” mendakwa dirinya sebagai pelajar asing di Singapura yang menawarkan khidmat seksual untuk melunaskan yuran sekolah dan membeli makanan.

Pada 24 April 2023, mangsa memindahkan $190 ke akaun bank milik “Kattie”.

Mahkamah diberitahu bahawa $170 adalah bagi khidmat seks, dan menurut “Kattie”, $20 lagi akan digunakan untuk beli makanan.

“Kattie” juga meminta bantuan remaja itu untuk menjadi penjaga dan rakan yang dikatakan untuk satu permohonan dermasiswa.

Penipu itu kemudian meminta remaja itu memberikan maklumat Singpassnya. Remaja itu menuruti permintaan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg