Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pusat peranginan mesra alam Mandai Rainforest Resort dibuka jelang Jun 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat peranginan mesra alam Mandai Rainforest Resort dibuka jelang Jun 2025

May 09, 2024 | 05:21 PM



Dengan 24 rumah pokok terletak di rimbunan pepohon dan menawarkan 338 bilik keseluruhannya, tempat peranginan mesra alam di Mandai yang akan dikenali sebagai Mandai Rainforest Resort akan dibuka dalam separuh pertama 2025.

Dikendalikan oleh rangkaian hotel mewah tempatan, Banyan Tree, ia terletak di tengah-tengah lima taman kehidupan liar – Singapore Zoo, Night Safari, River Wonders, Bird Paradise dan Rainforest Wild yang akan datang, kata kumpulan Mandai Wildlife Group pada 9 Mei.

Tempat peranginan itu pada mulanya ditetapkan untuk dibuka pada 2023, tetapi ia terpaksa ditunda akibat kesan pandemik Covid-19 terhadap sektor pembinaan. Kawasan lain di sekitar Mandai seperti Bird Paradise, yang dibuka pada Mei 2023 turut terjejas, lapor The Straits Times.


Tempat peranginan baru yang menghadap Kolam Air Upper Seletar itu terletak di tapak seluas 4.6 hektar – keluasan kira-kira lapan padang bola sepak – merangkumi sebuah bangunan empat tingkat dengan bilik biasa dan bilik keluarga serta kemudahan lain, seperti bilik mesyuarat dan dewan, sebuah gimnasium dan kolam renang atas bumbung.

Selain menawarkan khidmat jamuan sepanjang hari, Mandai Rainforest Resort menempatkan sebuah restoran khusus yang menggunakan bahan daripada sumber mampan.

Ia juga mempunyai 24 rumah pokok berbentuk lenggai yang terletak di tumbuh-tumbuhan sedia ada, dengan barisan pokok dan keadaan semula jadi kawasan itu, dengan sebahagiannya menikmati pemandangan kolam air.

Sementara itu, Mandai Wildlife Group belum dapat mengesahkan tarikh pembukaan tarikan barunya, Rainforest Wild, yang seluas 12.6 hektar, yang dimodelkan daripada hutan hujan di Asia Tenggara dan Afrika.

Di kawasan Rainforest Wild Asia, pengunjung boleh mengalami pelbagai lapisan ekosistem hutan hujan melalui laluan pejalan kaki mesra kerusi roda dan denai hutan yang lebih dekat dengan tanah, atau lebih tinggi berhampiran lelangit di mana mereka boleh memanjat, melompat dan turun menggunakan tali pinggang keselamatan.

Satu lagi lapisan menempatkan pengalaman gua sepanjang 220 meter, diilhamkan daripada Gua Mulu batu kapur di Sarawak, yang akan mempunyai ular jenis cave racer, kala jengking, lipas mendesis dan pelbagai jenis reptilia (haiwan berdarah sejuk seperti ular) dan invertebrata (haiwan tidak punya tulang belakang) lain.


Monyet Francois’ langur – sejenis spesies yang dipamerkan buat julung-julung kalinya di Singapura – akan menyertai harimau Malaya dan beruang matahari Malaya, antara haiwan yang boleh dilihat di taman kehidupan liar itu.


Kawasan Rainforest Wild Africa akan memaparkan okapi, bersama haiwan seperti badak Pygmy dalam lanskap Afro-Tropika dan Madacasgar.


Mulai akhir 2024, orang ramai juga akan dapat menikmati laluan pejalan kaki sepanjang 3.3 kilometer yang boleh dilalui secara percuma, dibina sepanjang pinggir Kolam Air Upper Seletar dan menyusuri pinggiran River Wonders dan Singapore Zoo.

Turut dirancang bagi tarikan terbaru kelak ialah memberi pengunjung peluang menikmati pengalaman dalaman berasaskan alam semula jadi dan pusat kegiatan luar buat kanak-kanak, semuanya terletak berhampiran pusat peranginan itu.

Ruang mesra keluarga seperti Curiosity Cove menempatkan kawasan permainan direka khusus untuk kanak-kanak bagi memupuk rasa cinta terhadap alam semula jadi dan hidupan liar melalui permainan dan khayalan.

Sementara itu, ZooSchool akan memperkenalkan kanak-kanak kepada program pengembaraan luar berasaskan alam semula jadi, kata Mandai Wildlife Group.

Ketua Eksekutif Mandai Wildlife Group, Encik Mike Barclay, berkata: “Walaupun kami terus tertumpu untuk mengembangkan kesan positif kami dalam bidang pemuliharaan alam semula jadi, kehidupan liar haiwan dan penyelidikan zoologikal, kami teruja dengan prospek melibatkan tetamu kami dalam pelbagai pengalaman alam semula jadi dan hidupan liar di Mandai Wildlife Reserve, yang telah dibuka sepenuhnya.

“Kami teruja mendedahkan pilihan baru untuk penginapan dengan Mandai Rainforest Resort sebagai tapak pelancaran sempurna untuk menerokai taman hidupan liar kami dan banyak lagi tawaran lain di Mandai Wildlife Reserve.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >