Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pusat rekreasi Sembawang tawar aneka kemudahan bagi pekerja migran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat rekreasi Sembawang tawar aneka kemudahan bagi pekerja migran

Dr Koh: Pusat riadah langkah penting dalam komitmen S’pura sokong keperluan sosial, rekreasi pekerja migran
Apr 14, 2024 | 06:44 PM



Sebuah pusat riadah baru bagi pekerja migran, dengan kemudahan seperti pasar mini, tempat barbeku dan gelanggang sukan, telah dibuka di Sembawang.

Pusat Rekreasi (RC) Sembawang menandakan satu langkah penting dalam komitmen Singapura menyokong keperluan sosial dan rekreasi pekerja migran, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, di perasmian pusat itu pada 14 April.

Ia bertujuan menjadi hab kegiatan bagi masyarakat migran di kawasan tersebut, yang mempunyai sekurang-kurangnya 27,000 pekerja.

“Sebelum perasmiannya, pusat itu telah menganjurkan beberapa siri acara yang mendapat sambutan, termasuk bazar Tahun Baru Cina, operasi trak makanan, pesta barbeku dan tayangan filem,” kata Dr Koh.

Dengan keluasan lebih 4,000 meter persegi, pusat itu menyediakan kemudahan seperti bistro gaya alfresco, pasar mini, enam tempat barbeku dan gelanggang sukan.

Ciri uniknya termasuk bilik latihan dan dewan berhawa dingin yang boleh digunakan bagi menganjurkan kegiatan seperti pemeriksaan kesihatan dan kelas komputer dalam persekitaran selesa.

Dr Koh berkata: “Kerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) seperti ItsRainingRaincoats dan Passion To Serve memperkayakan lagi tawaran pusat riadah, dengan program yang terdiri daripada kelas literasi digital dan pengayaan bahasa Inggeris hingga sesi kiropraktik dan bazar perayaan.”

Inisiatif itu bertujuan bukan sahaja memupuk semangat kemasyarakatan bahkan melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan peluang berharga bagi pertumbuhan peribadi.

Penubuhan pusat itu sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja asing.

“Melalui kerjasama dengan lebih 100 pihak berkepentingan, Kumpulan Assurance, Care, and Engagement (ACE), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menerajui pelbagai inisiatif sosial dan riadah, termasuk festival kebudayaan dan kursus pendidikan,” kata Dr Koh.

MOM kekal komited untuk mengukuhkan perkongsian merentas sektor untuk menyokong pekerja migran, tambahnya.

Terdapat sembilan RC di seluruh Singapura sekarang, yang bertujuan menjadi tempat bersantai di samping menawarkan wadah bertenaga untuk pelibatan masyarakat.

Pusat-pusat itu boleh digunakan dalam keadaan krisis atau kecemasan, atau menawarkan perkhidmatan berkaitan pemulihan jika timbul keperluan.

Pembukaan Pusat Rekreasi Sembawang menandakan usaha Singapura mewujudkan persekitaran lebih terangkum serta menyokong pekerja migran, kata Dr Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >