Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Sukan Yishun mungkin dibangun semula

Jul 24, 2024 | 8:38 PM
Stadium Yishun dan Dewan Sukan Yishun di Yishun Avenue 1 adalah antara kemudahan di Pusat Sukan Yishun yang dijangka dibangun semula.
Stadium Yishun dan Dewan Sukan Yishun di Yishun Avenue 1 adalah antara kemudahan di Pusat Sukan Yishun yang dijangka dibangun semula. - Foto ST

Pusat Sukan Yishun yang berusia 32 tahun mungkin dibangunkan semula sebagai sebahagian rancangan menambah baik kemudahan sukan yang disediakan untuk penduduk di kawasan utara itu.

Ini adalah antara pembangunan yang dipamerkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) baru-baru ini dalam satu pameran jelajah, yang merupakan sebahagian Pelan Induk Riadah URA akan datang.

Pameran yang diadakan di Canberra Plaza dari 6 hingga 14 Julai itu turut memaparkan pelbagai pembangunan yang dipertimbangkan.

Ini termasuk satu pembangunan bersepadu yang bakal disediakan berhampiran stesen MRT Woodlands North yang mungkin menyertakan sebuah bangunan pentadbiran bekas Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaya.

Menurut URA, ia akan mengekalkan bangunan tersebut.

Pameran itu adalah sebahagian usaha URA untuk menggalak orang ramai memberi maklum balas bagi pelan induk riadah, yang akan diterapkan ke dalam Draf Pelan Induk URA 2025.

URA dan Majlis Sukan Singapura (SportSG) memberitahu The Straits Times bahawa pelbagai agensi pemerintah sedang mengkaji rancangan untuk menambah baik kemudahan di pusat sukan itu, dengan mengambil kira maklum balas orang ramai.

Dibuka pada 1992, Pusat Sukan Yishun merangkumi sebuah dewan sukan tertutup, sebuah gimnasium dan sebuah stadium di Yishun Avenue 1.

Ia juga mempunyai Kompleks Renang Yishun di Yishun Avenue 3, berdekatan stadium tersebut.

Menurut Pelan Induk URA, terdapat skop untuk meluaskan lagi pusat sukan itu di tapak Yishun Avenue 1.

Selain memberi perkhidmatan kepada penduduk sedia ada, pusat sukan itu akan menjadi kemudahan sukan awam yang terdekat dengan kawasan perumahan Chencharu akan datang, yang dianggar menyediakan 10,000 rumah.

Seorang penduduk Yishun, Cik Sangeethaa P., yang sering melawat kompleks renang di Yishun Avenue 3 berkata beberapa kemudahan, seperti tandasnya, perlu dinaik taraf.

Mahasiswa bidang kewangan berusia 26 tahun itu mencadangkan agar kompleks renang dibina di Yishun Avenue 1 berbanding lokasi sekarang. Dengan itu, Pusat Sukan Yishun baru boleh menjadi lokasi sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk.

Seorang lagi penduduk Yishun, Encik Louis Tan, 34 tahun, yang bekerja dalam jualan farmaseutikal, menyarankan balapan larian berbumbung dibina sebagai sebahagian pembangunan semula kawasan itu.

Ini supaya penduduk boleh menggunakan kemudahan itu baik dalam cuaca hujan mahupun panas, jelasnya.

Pakar sejarah seni bina, Encik Yeo Kang Shua, berkata beliau berharap pihak berkuasa akan mempertimbang mengekalkan sebanyak mungkin prasarana sedia ada yang mempunyai nilai warisan.

Pelbagai kemudahan bagi kegunaan sukan, masyarakat, penjagaan kesihatan, dan makanan serta minuman dijangka disertakan dalam pembangunan tersebut.

URA akan turut meneliti cara terbaik menggunakan semula bekas Hospital View Road di 10 View Road.

Bekas hospital itu berpotensi berfungsi sebagai “kegunaan pelengkap” bagi kawasan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg