Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera Faisal Arab Saudi kunjungi S’pura bagi lawatan kerja

Jan 14, 2025 | 8:00 PM
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, akan melawat Singapura bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Penubuhan Majlis Perkongsian Strategik (SP) Arab Saudi-Singapura.
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, akan melawat Singapura bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Penubuhan Majlis Perkongsian Strategik (SP) Arab Saudi-Singapura. - Foto AFP

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, dijadual membuat lawatan kerja ke Singapura dari 14 hingga 15 Januari.

Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 14 Januari, Putera Faisal akan bertemu dengan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada 15 Januari.

Kedua-dua menteri itu akan menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Penubuhan Majlis Perkongsian Strategik (SP) Arab Saudi-Singapura.

Putera Faisal akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Dr Balakrishnan dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Putera Faisal juga akan bertemu dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, di Istana.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg