Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puteri Anne dari Britain temu Presiden Tharman, PM Wong di Istana, orkid dinamakan sempena namanya

Nov 13, 2025 | 8:30 PM
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong bertemu Puteri Anne dari Britain pada 13 November, dan kedua-duanya menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Singapura dengan United Kingdom.
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong bertemu Puteri Anne dari Britain pada 13 November, dan kedua-duanya menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Singapura dengan United Kingdom. - Foto MDDI

Puteri Anne daripada Britain telah bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 12 November, dan membincangkan isu berkaitan kemampanan, biodiversiti, pendidikan serta pembangunan kemahiran semasa pertemuan itu.

Mereka juga mengesahkan hubungan terjalin lama dan pelbagai bentuk antara Singapura dengan Britain, termasuk hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 November.

Puteri Anne berada di Singapura dalam perjalanan dua hari dari 12 November hingga 13 November, di mana beliau juga bertemu Perdana Menteri Encik Lawrence Wong.

Pertemuan itu berlangsung sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Singapura dengan United Kingdom (UK) tahun ini, menurut kenyataan MFA.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak menegaskan kerjasama kukuh dalam pelbagai sektor, termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan semasa pertemuan itu.

Tambah kenyataan MFA, mereka turut bertukar pandangan mengenai cara memperdalamkan kerjasama dalam bidang baru yang kian berkembang.

Ini terdiri daripada bidang seperti inovasi, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber serta penyelidikan dan pembangunan.

Dalam catatan Facebook pada 13 November, Encik Wong berkata:

“Lawatan Puteri Diraja mencerminkan persahabatan yang mendalam dan berkekalan antara rakyat kita.

“Singapura dan UK berkongsi sejarah yang kaya dan asas kepercayaan yang kukuh. Saya berharap dapat mengembangkan kerjasama kami dan mengekalkan perkongsian kami bersemangat pada tahun-tahun akan datang.”

Kedatangan Puteri Anne juga disambut oleh Tuan Presiden di Istana pada 12 November.

Dalam pertemuan tersebut, mereka mengukuhkan hubungan erat antara Singapura dengan UK, termasuk jalinan hubungan antara rakyat daripada kedua-dua negara.

Mereka turut membincangkan isu-isu berkaitan kemampanan, biodiversiti, pendidikan dan pembangunan kemahiran.

Pada hari yang sama, Puteri Diraja itu juga menghadiri satu majlis penamaan orkid di Kebun Bunga Singapura, di mana satu hibrid orkid baru, Dendrobium Anne, dinamakan sempena penghormatan kepada beliau.

Menurut The Straits Times (ST), beliau merupakan anak kedua dan adik kepada Raja Charles III, serta satu-satunya anak perempuan kepada yang mendiang Ratu Elizabeth II dan Putera Philip.

Beliau dilaporkan pernah melawat Singapura sekurang-kurangnya dua kali sebelum ini, di mana kali terakhirnya adalah pada 2016 bagi menghadiri Persidangan Pertanian Komanwel ke-27.

Kunjungan pertama beliau ke Singapura pula ialah pada 1972, ketika berusia 22 tahun, semasa mengiringi kedua-dua ibu bapanya dalam satu lawatan negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg