Sejak 1999, Ampro Holdings berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan korban amal, memperkenalkan penyelesaian inovatif untuk menyokong mereka yang memerlukan. Sebagai pelopor dalam mengusahakan daging korban dalam tin, Ampro telah menggabungkan kewajipan agama dengan bantuan kemanusiaan, memastikan kesucian dan belas ihsan.
Tumpuan Ampro ialah kepada masyarakat yang terjejas akibat sesuatu kemelut. Oleh itu, ia menumpukan perhatian dalam dua bidang utama. Pertama, menyokong masyarakat yang terjejas kemelut dan persengketaan. Kedua menawarkan khidmat kepada masyarakat untuk mengatasi pelbagai cabaran.
Misi Perjalanan ‘Qurban Amal Ampro’ bermula dengan Bosnia pada 2000. Ini diikuti pengagihan kepada mangsa tsunami di Aceh pada 2004. Pada 2007, daging korban dalam tin ini diagihkan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Turut menerima agihan ini ialah kanak-kanak pelarian Syria di Jordan, pada 2013. Pada 2014, daging korban dalam tin ini disumbangkan kepada penerima manfaat di Gaza. Ampro turut mengagihkannya kepada pelarian Syria di Jordan pada 2015 dan pelarian Palestin di Jordan pada 2023.
Untuk program Qurban Amal tahun 2025 ini, Ampro memberi tumpuan khusus kepada mangsa peperangan di Gaza yang dilanda kebuluran. Rancangan utama ialah untuk menyediakan daging korban dalam tin.
Pengarah Eksekutif Ampro Holdings, Encik Mohd Amin Ibrahim, berkata:
“Kami mahu utamakan dan tumpukan bantuan kami ke Gaza. Haiwan korban yang disembelih di Australia kemudian dibawa ke New Zealand untuk diproses dan dagingnya ditinkan. Daging korban dalam tin ini boleh tahan sehingga tiga tahun. Untuk menghantar bekalan ini, kami bekerjasama dengan sebuah pertubuhan kemanusiaan yang berpangkalan di Gaza.”
Kemampuan memang terbatas untuk menghapuskan penderitaan golongan pelarian. Namun, ini tidak bermakna tiada tindakan yang boleh diambil. Justeru, program Qurban Amal Ampro turut menumpukan kepada golongan pelarian.
Walaupun kaum pelarian mendapat perlindungan dan tempat berteduh, mereka juga bergantung kepada keihsanan badan-badan bantuan kemanusiaan untuk menampung keperluan.
Keadaan khemah-khemah pelarian serba kekurangan dan ditambah pula dengan kekurangan makanan yang seimbang. Ini termasuk pelarian Palestin, Syria, Iraq dan Rohingya dan juga mangsa persengketaan di Yaman.
“Mengglobalisasikan Qurban Anda” merupakan cogan kata, atau tagline, utama Ampro. Ia mencerminkan daya usaha syarikat ini yang melangkaui batas sempadan. Daging korban dalam tin Ampro diedarkan secara global tanpa mengira kaum etnik dan asal usul bangsa penerima.
Sertailah Ampro dalam menyemai harapan buat mereka yang memerlukan, dengan menghayati semangat belas ihsan dan amalan kebaikan.
Untuk penyertaan Qurban Amal Ampro atau maklumat lanjut, hubungi Ampro Holdings di talian 6348-8983 atau e-mel kepada ampro.foundation@gmail.com
Lungsuri laman http://www.amprofoundation.com
Layari Facebook: Yayasan Ampro
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg