Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahayu dinaikkan pangkat ke Menteri Negara

May 13, 2024 | 8:40 PM
Cik Rahayu Mahzam dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara jelang 15 Mei 2024.
Cik Rahayu Mahzam dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara jelang 15 Mei 2024. - Foto fail

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, akan dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Menteri Negara. Beliau juga akan menggalas tanggungjawab baru dalam Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Cik Rahayu akan terus berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (MOH) tetapi akan melepaskan jawatannya dalam Kementerian Undang-Undang (MinLaw).

Pelantikan beliau akan dilakukan secara rasmi pada 15 Mei dan beliau dijangka mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Dalam sidang media untuk mengumumkan barisan Kabinet barunya, bakal Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Cik Rahayu telah menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Parlimen Kanan dengan sangat baik.

“Setiap kali kami menaikkan pangkat mana-mana pemegang jawatan, ini bermakna mereka telah berjaya dalam peranan mereka sekarang dan kami berpendapat bahawa mereka mampu menyumbang pada skala yang lebih besar, kapasiti yang lebih tinggi.

“Jadi itulah asas untuk menaikkan pangkat mana-mana pemegang jawatan di peringkat apa sekalipun.

“Saya fikir Rahayu telah menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Parlimen Kanan dengan sangat baik – jika anda lihat peranan yang telah diberikan kepadanya dalam MinLaw, MOH, beliau telah melaksanakan tugas-tugasnya dengan bersemangat dan bertenaga, menjayakan projek-projek dengan sangat baik.

“Di Parlimen juga beliau berkebolehan apabila beliau membentangkan perundangan, menjawab soalan. Di dalam masyarakat, beliau juga sangat efektif dalam mendekati orang ramai. Jadi dengan semua ini, kami rasa beliau sesuai dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara,” ujar Encik Wong.

Beliau menambah bahawa untuk menaikkan pangkat seseorang merupakan proses yang dinamik dan kenaikan pangkat hari ini tidak semestinya menjamin kenaikan pangkat pada masa depan.

Ini kerana semuanya terpulang kepada bagaimana individu itu menjalankan tugasnya dalam peranan yang lebih besar itu serta kesan tugas mereka kepada masyarakat dan negara.

“Jadi kami akan terus menilai tetapi setiap anggota pasukan, tanpa mengira peranan yang mereka mainkan, setiap anggota pasukan adalah berharga – masing-masing mempunyai peranan penting untuk dimainkan.

“Jadi bukan nak bandingkan siapa lebih tinggi, siapa lebih rendah... usaha kolektif itulah yang penting,” tambah beliau.

Cik Rahayu, 44 tahun, merupakan peguam yang pakar dalam litigasi sivil dan undang-undang keluarga.

Beliau menyertai politik pada pilihan raya umum 2015 sebagai sebahagian daripada pasukan lima anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertanding di GRC Jurong GRC dan menang 79.3 peratus undi.

Beliau merupakan anggota parlimen GRC Jurong sejak 2015 dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di MOH pada 2020. Pada 2022, beliau dinaikkan pangkat ke Setiausaha Parlimen Kanan di MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg