Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rai peranan datuk nenek melalui sesi masak ‘tiga generasi’

Oct 27, 2024 | 7:45 PM
My First Skool (MFS) di bawah NTUC First Campus (NFC) berkolaborasi dengan At Sunrice, sebuah sekolah memasak, untuk menganjur sesi masak ‘tiga generasi’ bagi merapatkan hubungan antara datuk nenek dan  anak serta cucu mereka.
My First Skool (MFS) di bawah NTUC First Campus (NFC) berkolaborasi dengan At Sunrice, sebuah sekolah memasak, untuk menganjur sesi masak ‘tiga generasi’ bagi merapatkan hubungan antara datuk nenek dan anak serta cucu mereka. - Foto NTUC FIRST CAMPUS

Demi meraikan peranan tidak ternilai datuk dan nenek dalam keluarga dan masyarakat, prasekolah My First Skool (MFS) di bawah NTUC First Campus (NFC) menganjur sesi masak ‘tiga generasi’.

Lebih 160 peserta daripada 33 keluarga berkumpul untuk ‘Sesi Masak bersama Datuk Nenek dan Kanak-Kanak’ itu, yang diadakan pada 27 Oktober di At-Sunrice GlobalChef Academy.

Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, merupakan tetamu terhormat acara itu.

Program itu sebahagian daripada program rentas generasi MFS, yang memupuk hubungan merentas generasi antara sekitar 14,000 kanak-kanak bersama 2,500 warga emas setiap tahun melalui kegiatan seperti sesi bercerita, seni dan kraf.

Sesi masak itu juga diadakan sempena Hari Nenek Datuk yang jatuh pada 24 November, dan bagi menyokong kempen ‘Meraikan Datuk Nenek’ Keluarga Untuk Seumur Hidup yang berlangsung sepanjang Oktober.

Acara tersebut bertujuan menjadi wadah bagi anggota keluarga menghabiskan masa bermutu bersama serta menyediakan peluang bagi generasi muda mempelajari kemahiran dan tradisi berharga daripada orang tua mereka.

“Untuk Hari Datuk Nenek ini, kami ingin menghasilkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi kanak-kanak dan kakitangan kami, yang kebanyakannya juga datuk dan nenek, melalui sesi memasak istimewa demi memupuk ikatan keluarga,” kata Pengurus Besar MFS, Cik Thian Ai Ling.

“Memasak bersama sebagai sebuah keluarga atau masyarakat adalah cara hebat untuk membina jambatan antara
generasi.

“Ia bukan tentang belajar memasak sahaja; ia tentang belajar daripada satu sama lain, berkongsi pengalaman hidup, dan mencipta kenangan yang akan bertahan selama bertahun-tahun akan datang,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg