Rai Syawal dengan gaya sedondon bersama Simply Rays

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rai Syawal dengan gaya sedondon bersama Simply Rays

Busana Lebaran papar kebersamaan, keceriaan dan nostalgia Syawal, meski boleh dipakai bila-bila masa
Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Rai Syawal dengan gaya sedondon bersama Simply Rays

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Simply Rays, sedondon
Bagi Simply Rays, pakaian sedondon melambangkan kesatuan dan kegembiraan, serta menjadi kenangan manis setiap Syawal. - Foto SIMPLY RAYS

Sejak awal penubuhan hampir sedekad lalu, syarikat pakaian, Simply Rays, memberi tumpuan kepada koleksi sedondon untuk seisi keluarga.

Pendekatan ini memudahkan pelanggan mendapatkan busana Raya untuk seisi keluarga di bawah satu bumbung, menjadikan proses persiapan Hari Raya lebih cepat dan mudah.

Bagi Simply Rays, tradisi berpakaian sedondon ini dilihat sebagai simbol kesatuan dan kegembiraan yang wajar dipelihara dalam masyarakat.

Malah, persiapan Raya bukan sekadar membeli pakaian, bahkan satu pengalaman yang mengeratkan hubungan keluarga.

“Apabila satu keluarga tampil sedondon, ia bukan sekadar pakaian, malah melambangkan kebersamaan dan kenangan yang akan diingati setiap kali tibanya Syawal.

“Hari ini, ramai keluarga Singapura datang ke butik Simply Rays untuk mencari set sedondon sebagai sebahagian persiapan Raya mereka.

“Pada masa yang sama, kami juga berharap budaya ini tidak hilang ditelan zaman,” kata pemilik Simply Rays, Cik Raodah Zulkiflee.

KOLEKSI TERBARU KEKALKAN GAYA TRADISIONAL

Bagi musim Raya ini, Simply Rays memperkenalkan koleksi terbaru yang mengekalkan siluet tradisional seperti Baju Melayu Teluk Belanga dan Cekak Musang serta samping untuk lelaki, manakala wanita boleh memilih daripada pelbagai pilihan seperti kebaya, baju kurung dan kaftan.

Dari segi warna dan rekaan, koleksi tahun ini menampilkan palet warna pastel yang lembut, dipadankan dengan cetakan inspirasi daripada corak abstrak dan jubin cat air, atau watercolour tiles.

Corak jubin cat air ini merujuk kepada warna yang kelihatan seperti meresap atau bercampur secara lembut antara satu sama lain, bukan warna blok yang padat.

Gabungan ini memberi nafas moden kepada busana tradisional seperti Baju Melayu tanpa menghilangkan keanggunan dan identiti asalnya.

Selain estetika, aspek keselesaan turut menjadi keutamaan dalam setiap rekaan Simply Rays.

Fabrik yang ringan dan selesa dipilih, sesuai dengan cuaca di Singapura.

Perkara ini amat penting terutamanya bagi kanak-kanak yang perlu memakai pakaian Raya sepanjang hari, sama ada ketika berkunjung ke rumah saudara-mara ataupun ketika menerima tetamu.

REKAAN DENGAN KEGUNAAN BILA-BILA MASA, BOLEH DIGAYA SEMULA

Menariknya, kebanyakan rekaan Simply Rays juga boleh digunakan bila-bila masa dan tidak terlalu bermusim.

Ini membolehkan pelanggan menggayakan semula pakaian tersebut untuk majlis lain seperti perkahwinan, acara rasmi atau memadankannya dengan gaya berbeza, selepas musim Raya.

Sempena Ramadan dan Syawal, Simply Rays turut menawarkan pelbagai pilihan harga bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Koleksi terbaru ditawarkan pada harga biasa, manakala beberapa rekaan daripada musim terdahulu dijual dengan potongan harga antara 20 peratus dengan 50 peratus.

Malah, pakaian kanak-kanak boleh didapati pada harga bermula sekitar $30, menjadikannya pilihan yang lebih mampu dimiliki keluarga.

RAMAI PELANGGAN BUAT TEMPAHAN AWAL

Selain itu, Simply Rays turut mendapat sokongan yang sangat baik daripada pelanggan tetap mereka.

Kebanyakan pelanggan membuat tempahan lebih awal, sebaik sahaja koleksi dilancarkan bagi memastikan semua ahli keluarga mendapat saiz sesuai, terutamanya bagi keluarga besar.

“Kami juga cuba mewujudkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan menyediakan reruai bergambar percuma di kedai untuk pelanggan merakam kenangan bersama keluarga ketika memilih baju Raya.

“Kami berharap dalam beberapa hari terakhir menjelang Syawal ini, lebih ramai pelanggan akan datang membuat persiapan saat akhir.

“Insya-Allah, sokongan berterusan daripada pelanggan memberi kami semangat terus menghasilkan busana tradisional moden untuk keluarga di Singapura pada tahun-tahun akan datang,” tambah Cik Raodah.

SEKILAS:

1. Dapatkan koleksi terbaru lagi menarik Simply Rays di Golden Landmark Shopping Centre (390 Victoria Street #01-60/61 Singapura 188061) atau DORS, Design Orchard (250 Orchard Road, #01-01 Design Orchard, Singapura 238905).

2. Pembelian juga boleh dibuat menerusi https://simplyrays.com

3. Ikuti media sosial @simplyrays (IG) atau @simplyrays (TikTok) untuk mengikuti perkembangan terkini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg