Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat S’pura diundang kongsi pandangan bagi Belanjawan 2025

Dibuka dari 2 Dis hingga 12 Jan, beri maklum balas di bawah empat tema utama
Dec 2, 2024 | 2:18 PM
Belanjawan Singapura khusus untuk setiap tahun kewangan, bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya.
Belanjawan Singapura khusus untuk setiap tahun kewangan, bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya. - Foto ZAOBAO

Kementerian Kewangan (MOF) kini mengundang rakyat Singapura untuk berkongsi pandangan mereka bagi Belanjawan yang akan datang, dijadualkan pada Februari 2025.

Belanjawan Singapura khusus untuk setiap tahun kewangan, yang bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya.

Ia merangkumi unjuran pendapatan dan perbelanjaan pemerintah yang telah disemak untuk tahun kewangan semasa, serta anggaran untuk tahun kewangan yang akan datang, lapor The Straits Times.

Individu, organisasi dan perniagaan boleh memberikan input mereka dari 2 Disember 2024 hingga 12 Januari 2025.

Dalam satu kenyataan pada 2 Disember, MOF menyenaraikan tema dan soalan berikut untuk maklum balas dan cadangan:

SG60: Membina Singapura kita bersama

1) Bagaimanakah kita boleh mengukuhkan identiti Singapura dan memupuk perpaduan yang lebih baik?                                                              

2) Bagaimanakah kita boleh meningkatkan persekitaran hidup kita untuk memastikan Singapura kekal sebagai rumah di mana kita boleh tinggal, bekerja dan bermain secara harmoni?

3) Bagaimanakah kita boleh mendorong masyarakat supaya lebih prihatin dan pemurah serta menyokong satu sama lain?

Bangun ekosistem perniagaan yang lebih dinamik

1) Bagaimanakah kita boleh permudahkan penciptaan dan inovasi perniagaan baru?

2) Bagaimanakah kami boleh membantu perniagaan untuk berkembang dengan lebih cepat dan mendapatkan akses yang lebih baik kepada pembiayaan dan pasaran baru?

3) Bagaimanakah kita boleh memperkasakan perniagaan untuk melabur dalam pendigitalan, transformasi dan latihan tenaga kerja?

4) Apakah kebimbangan yang dihadapi oleh perniagaan semasa mereka merancang untuk masa hadapan?

Sediakan peluang untuk peningkatan kemahiran dan pekerjaan bagi pekerja

1) Apakah yang boleh kita lakukan untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan rakyat Singapura?

2) Bagaimanakah kita boleh menyediakan pelajar dan pekerja kita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik semasa ekonomi sejagat yang tidak menentu?

3) Bagaimanakah kita boleh mengukuhkan sokongan untuk segmen tenaga kerja kita yang lemah dan membolehkan mereka berkongsi lebih banyak pertumbuhan ekonomi kita?

4) Apakah yang paling dibimbangkan oleh pekerja dalam tempoh terdekat dan bagaimana kita boleh menangani kebimbangan ini?

Sokong rakyat Singapura merentasi peringkat kehidupan yang berbeza

1) Bagaimanakah kita boleh membina Singapura yang lebih mesra keluarga dan beri sokongan menyeluruh kepada ibu bapa?

2) Bagaimanakah kita boleh menyokong warga emas untuk mencapai impian mereka untuk hidup dengan baik?

3) Apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai masyarakat, untuk memperkasakan mereka yang kurang upaya?

4) Bagaimanakah kita boleh menyokong penjaga dengan lebih baik?

Maklum balas boleh dihantar melalui pelbagai wadah – laman web Belanjawan Singapura, laman mikro Reach Budget 2025, halaman Facebook dan Instagram Reach Singapore, serta laman web Ask Kopi Kakis #shareyourviews.

Dalam Belanjawan 2024, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu, Encik Lawrence Wong, mengumumkan pelbagai langkah untuk menangani cabaran segera seperti tekanan kos sara hidup.

Ini sambil melabur dalam matlamat jangka panjang seperti pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pekerjaan yang lebih baik dan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg