‘Ramadan Charity Pergeraq’ ceriakan golongan memerlukan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Ramadan Charity Pergeraq’ ceriakan golongan memerlukan

Usaha murni lambang komitmen persatuan perkukuh peranan guru Al-Quran sebagai penyebar ilmu, akhlak dan kasih sayang
Feb 27, 2026 | 5:30 AM

‘Ramadan Charity Pergeraq’ ceriakan golongan memerlukan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pergeraq, Ramadan Charity Pergeraq, golongan memerlukan
Pendidik Al-Quran, sukarelawan dan anggota masyarakat berganding bahu menjayakan ‘Ramadan Charity Pergeraq’ demi membantu golongan memerlukan. - Foto PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Sempena menyambut kehadiran Ramadan, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan program, ‘Ramadan Charity Pergeraq’, pada 22 Februari lalu.

Daya usaha itu menghimpunkan pendidik Al-Quran, sukarelawan serta anggota masyarakat dengan bersama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Menurut Bendahari Pergeraq, Encik Zubaidi Ramli, selain komitmen dalam bidang pendidikan dan dakwah, aspek kebajikan turut menjadi teras perjuangan persatuan tersebut.

Dengan kerjasama erat bersama Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS), sebanyak $6,956 hasil kutipan zakat pada 2024 telah diagihkan pada 2025 kepada 80 ahli KCMS yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin.

Bagi Ramadan 2026 pula, sejumlah $8,701 daripada zakat 2025 akan disalurkan kepada golongan asnaf yang sama dalam bentuk pek makanan dan bantuan tunai.

Selain itu, $3,052 daripada sumbangan ahli dan pelajar Pergeraq diperuntuk bagi membantu 40 ahli KCMS serta 16 penerima bantuan Pergeraq melalui pemberian pek makanan.

Secara keseluruhan, bagi Ramadan 2026, Pergeraq telah menyalurkan sumbangan kepada 136 penerima manfaat dalam kalangan orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah yang terdiri daripada ahli Pergeraq dan KCMS.

“Keanggotaan Pergeraq merangkumi bukan sahaja guru-guru Al-Quran, malah pembaca dan pencinta Al-Quran daripada pelbagai latar belakang.

“Bagi mereka, Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, bahkan ruang menghayati nilai ihsan dan keprihatinan sosial.

“Melalui program ini, golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas serta keluarga berpendapatan rendah dapat merasai keberkatan Ramadan tanpa dipinggirkan.

“Fokus utama program adalah pengagihan pek makanan asas dan keperluan harian serta bantuan kewangan kepada keluarga yang menghadapi kesulitan, khususnya sebagai persediaan menjelang Syawal.

“Pendekatan berasaskan masyarakat menjadi keistimewaan program ini apabila sukarelawan, terdiri daripada guru dan pelajar dewasa, bukan sahaja menyampaikan bantuan, malah meluangkan masa berinteraksi dengan penerima.

“Usaha ini mempererat hubungan serta meningkatkan pemahaman terhadap hakikat kehidupan masyarakat setempat,” jelas Encik Zubaidi.

Bantuan pendidikan dalam bentuk biasiswa serta subsidi pembelajaran turut dirancang bagi mengurangkan kos pendidikan dan meningkatkan akses latihan secara terangkum.

“’Ramadan Charity Pergeraq’ bukan sekadar daya usaha kebajikan bermusim, malah lambang komitmen persatuan dalam memperkukuh peranan guru Al-Quran sebagai penyebar ilmu, akhlak dan kasih sayang kepada masyarakat secara am,” tambah Encik Zubaidi.

SEKILAS:

1. Untuk menderma dan pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0, WhatsApp untuk resit @ 9030-7057. Tulis nama anda, zakat atau derma.

2. PayNow ke UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’, sila tulis nama anda, zakat atau derma.

3. Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, lungsuri laman web, pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10, PKMS Building, Singapura 419737.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg