Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramai usia 50 tahun ke atas belum buat LPA

Jul 20, 2024 | 5:30 AM
Kebanyakan warga Melayu Islam berusia 50 tahun dan ke atas belum membuat Surat Kuasa Berkekalan (LPA), kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Kebanyakan warga Melayu Islam berusia 50 tahun dan ke atas belum membuat Surat Kuasa Berkekalan (LPA), kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). - Foto fail

Kebanyakan Melayu/Islam Singapura berusia 50 tahun dan ke atas belum membuat Surat Kuasa Berkekalan (LPA).

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata dalam tempoh lima tahun lalu, kurang 2 peratus jumlah keseluruhan orang Melayu/Islam berusia 50 tahun ke atas telah membuat LPA mereka.

Menjawab soalan Berita Harian (BH), MSF berkata secara keseluruhan, sekitar 3,800 orang Melayu/Islam telah membuat LPA – dokumen yang memberi kuasa kepada orang yang dipercayai untuk bertindak bagi pemilik surat tersebut jika beliau hilang keupayaan mental untuk berbuat demikian. Ia dianggap antara langkah penting dalam usaha perancangan harta seseorang.

Menurut MSF, LPA amat digalakkan untuk memastikan individu yang dipercayai boleh membuat keputusan bagi pihak pemilik LPA berkenaan kebajikan peribadi, harta benda dan hal ehwalnya, sekiranya individu tersebut kehilangan keupayaan mentalnya pada masa hadapan.

“Kami amat menggalakkan semua orang, terutama warga emas, supaya membuat LPA. Pemerintah telah melakarkan usaha bersepadu untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan merancang lebih awal,” kata MSF.

Terdapat dua jenis borang LPA – Borang 1 LPA dan Borang 2 LPA – yang dinyatakan di laman Pejabat Penjaga Awam.

Menurut maklumat di laman itu, tiada bayaran bagi permohonan LPA bagi warga Singapura yang membuat permohonan untuk Borang 1 LPA sebelum 31 Mac 2026.

Borang 1 LPA digunakan jika seseorang ingin memberikan penerima kuasa atau donee, kuasa yang luas untuk bertindak bagi pihaknya.

Borang 2 LPA pula digunakan jika seseorang mempunyai lebih banyak keperluan khusus untuk dimasukkan ke dalam LPA. Khidmat peguam diperlukan untuk menyiapkan LPA ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg