Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rang baru lindungi kebajikan pekerja platform dibentang

Liputi 4 perkara utama termasuk menyokong keperluan perumahan dan persediaan persaraan mencukupi di samping penyediaan pampasan akibat kecederaan semasa bekerja
Aug 6, 2024 | 6:38 PM
Rang Undang-Undang Pekerja Platform dibentangkan di Parlimen pada 6 Ogos. Ia merangkumi empat komponen utama termasuk langkah-langkah menyokong kecukupan kewangan bagi perumahan dan persaraan bagi pekerja platform.
Rang Undang-Undang Pekerja Platform dibentangkan di Parlimen pada 6 Ogos. Ia merangkumi empat komponen utama termasuk langkah-langkah menyokong kecukupan kewangan bagi perumahan dan persaraan bagi pekerja platform. - Foto ST

Satu rang undang-undang baru dibentangkan di Parlimen pada Selasa bagi memastikan pekerja platform mendapat perlindungan dan perwakilan sewajarnya sebagaimana yang dinikmati pekerja biasa hari ini.

Pembentangan rang undang-undang itu oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, mencakupi empat perkara utama: ruang untuk syarikat dan pekerja dilindungi dan bentuk perlindungan di bawah undang-undang yang akan dibangunkan; serta langkah-langkah bagi menyokong keperluan perumahan dan persediaan persaraan mencukupi untuk pekerja platform.

Ini selain penyediaan pampasan akibat kecederaan semasa bekerja yang dihadapi pekerja platform; serta memperkukuh kebertanggungjawaban pengendali platform dan tanggungjawab pekerja platform dalam mencegah kecederaan serta mengadakan rangka kerja undang-undang bagi mewakili pekerja platform.

MOM berkata langkah pelaksanaan rang undang-undang itu akan turut melibatkan pindaan kepada Akta CPF, selain pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Pertikaian Kerja.

Menurut laporan Tenaga Pekerja di Singapura oleh MOM, terdapat sekitar 70,500 pekerja platform di sini pada 2023.

MOM dalam pada itu menyatakan, pindaan juga akan dibuat ke atas Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja (Wica) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHA).

Ini bermakna apabila diluluskan sidang Parlimen kelak, ia akan membolehkan persatuan seperti Persatuan Teksi Nasional (NTA), Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NDCA) untuk mewakili dan melindungi anggota mereka dengan lebih baik lagi.

Pada masa ini, persatuan seumpama itu mempunyai kuasa yang terhad memandangkan mereka tidak mempunyai rangka kerja undang-undang bagi penyelesaian pertikaian sebagaimana yang dinikmati kesatuan sekerja.

“Butiran akan dibincangkan semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Pekerja Platform,” kata MOM.

Pada November 2022, Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform telah mengemukakan 12 saranan untuk memperkukuh perlindungan bagi pekerja platform menyusuli pendekatan dan pertimbangan selepas lebih setahun.

Saranan tersebut bertujuan memastikan pekerja platform mempunyai perlindungan kewangan mencukupi sekiranya mereka mengalami kecederaan semasa bekerja, mempertingkat kecukupan persaraan dan perumahan, serta mempertingkat perwakilan bagi golongan itu.

Pemerintah telah menerima kesemua saranan itu dan langkah yang diusulkan itu akan dilaksana secara bertahap pada 2024.

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam satu kenyataan pada 6 Ogos mengalu-alukan rang undang-undang baru itu.

Ia menambah bahawa apabila diluluskan kelak, perundangan baru itu akan memperkasa NTA, NPHVA dan NDCA “untuk terus menjadi suara yang kukuh yang memperjuangkan kepentingan dan kebajikan pekerja platform”.

Dalam kenyataan yang sama, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menyifatkan pembentangan rang undang-undang itu sebagai “satu detik penting bagi masyarakat pekerja platform” kerana persatuan akan dapat berunding secara kolektif untuk golongan itu, mewakili mereka dengan lebih baik dalam pertikaian dan menyediakan khidmat sokongan lebih baik setelah rang undang-undang diluluskan.

“Kami berterima kasih kepada pemerintah kerana mendengar keprihatinan yang dikemukakan oleh NTUC, NDCA, NPHVA, dan NTA selama bertahun-tahun yang menangani keperluan pekerja platform. Rang undang-undang baru ini menunjukkan kesediaan mereka untuk mendengar keprihatinan dan saranan yang dibangkitkan oleh NTUC, persatuan dan pekerja platform kami.

“Kami juga berterima kasih kepada Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan rakan majikan kami atas dedikasi mereka untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja platform. Pendekatan kerjasama ini telah membolehkan kami mempertingkat perlindungan dan kepentingan pekerja platform, dengan itu menunjukkan nilai hubungan tiga pihak yang kukuh,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg