Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangka kerja, hab sehenti bantu kukuh tadbir urus badan amal

Oct 29, 2025 | 6:22 PM
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, berucap pada Persidangan Tadbir Urus Badan Amal tahunan pada 29 Oktober.
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, berucap pada Persidangan Tadbir Urus Badan Amal tahunan pada 29 Oktober. - Foto ST

Selepas pandemik Covid-19, Samaritans of Singapore (SOS) menambah baik model operasinya bagi memperluas capaian melalui latihan, jangkauan masyarakat dan program baru.

Usaha itu disokong oleh tadbir urus kukuh, membolehkan SOS melancarkan perkhidmatan mesej krisis 24 jam pertama di Singapura pada 2022, yang kini membantu lebih 9,300 individu setahun.

SOS Academy turut ditubuhkan pada 2021, menyediakan lebih 150 sesi latihan kepada lebih 3,000 profesional dan petugas masyarakat.

Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, berkata kejayaan SOS menunjukkan bahawa kepimpinan berkesan mampu memberi kesan besar melalui keputusan berani dan hala tuju jelas.

Kepimpinan sektor kebajikan, katanya, memerlukan ketelusan dan kepercayaan agar program benar-benar memperkasa masyarakat.

Berucap di Persidangan Tadbir Urus Badan Amal tahunan pada 29 Oktober, beliau mengumumkan tiga inisiatif baru untuk memperkukuh tadbir urus badan amal.

Antaranya ialah rangka kerja bersepadu, Rangka Kerja Tadbir Urus dan Ketelusan, yang akan diterbitkan pada awal 2026.

Rangka kerja itu dihasilkan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Dr Caroline Lim dari SUSS berkata rangka kerja itu akan menyatukan pelbagai panduan ke dalam satu sumber bagi menjimatkan masa dan tenaga badan amal kecil.

Buat masa ini, organisasi perlu merujuk kepada banyak dokumen untuk mengenal pasti contoh amalan terbaik di semua peringkat operasi mereka, jelasnya.

Ketua Eksekutif Pro Bono SG, Encik Tanguy Lim, menjelaskan bahawa cabaran utama badan amal ialah perbezaan tafsiran ahli lembaga tentang cara mencapai hasil positif.

Menurut Encik Lim, rangka kerja seperti itu boleh menjadi panduan untuk menjelaskan tadbir urus yang baik.

“Jika anda ingin melakukan kebaikan, penting juga untuk tahu bagaimana melakukannya dengan berkesan,” ujar beliau.

Inisiatif lain termasuk hab sokongan sehenti di Temasek Shophouse, yang menawarkan khidmat perundangan, kewangan dan tadbir urus serta program latihan kepimpinan.

Program latihan kepimpinan GovernWell, yang akan dilancarkan sepenuhnya menjelang akhir 2025, telah menerima lebih 500 pendaftaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg