Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Rebut peluang terakhir ganjaran bulan Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Rebut peluang terakhir ganjaran bulan Ramadan

Persatuan Muhammadiyah perlukan sekitar $300,000 untuk naik taraf peringkat pertama bangunan
di Jalan Selamat
Apr 05, 2024 | 05:31 AM



Persatuan Muhammadiyah bersyukur atas sifat dermawan yang lebih terserlah dalam kalangan penderma, khususnya pada Ramadan. Mereka berharap amalan murni ini akan berterusan hingga akhir Ramadan demi merebut ganjaran istimewa dalam bulan suci ini.

Pengurus Unit Komunikasi Korporat dan Sumber, Persatuan Muhammadiyah, Encik Zhofry Hamid, berkata sumbangan yang diterima untuk persatuan Islam ini amat memberangsangkan.

“Alhamdulillah kami dapat melihat sifat dermawan dan keinginan menyumbang daripada masyarakat yang lebih menyerlah pada bulan Ramadan. Sumbangan yang diberi amat menggalakkan dan kami sangat berterima kasih kepada semua yang menaruh kepercayaan kepada Muhammadiyah, melalui zakat, infak dan fidyah atau sumbangan untuk Projek Wahdah,” kongsi Encik Zhofry.

Projek Wahdah adalah projek naik taraf untuk bangunan Pusat Muhammadiyah di 14 Jalan Selamat, yang telah bermula awal Mac 2024.

Setakat ini, Persatuan Muhammadiyah masih memerlukan sekitar $300,000 lagi untuk membiayai kos naik taraf peringkat pertama. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak $6 juta dan persatuan ini sangat mengharapkan dapat mengumpul wang tersebut.

Muhammadiyah mengalu-alukan sokongan penderma yang murah hati untuk projek ini atau untuk melaksanakan zakat, infak dan fidyah mereka bersama persatuan ini.

Sumbangan atau derma yang diterima Muhammadiyah akan disalurkan untuk program dakwah, pendidikan dan kebajikan sepanjang tahun.

Ini termasuk pengagihan zakat dan fidyah bagi golongan memerlukan – dalam bentuk kewangan, makanan atau barang keperluan seperti barangan dapur atau lampin.

Secara bulanan, 50 keluarga yang dikenal pasti berisiko tinggi akan menerima bantuan kebajikan dalam bentuk baucar wang tunai atau barangan makanan. Muhammadiyah juga mengalu-alukan individu atau syarikat agar menyumbang kepada program ini.

Anda juga boleh menghulurkan sumbangan kepada Muhammadiyah di bazar Geylang Serai dan Bedok sehingga hari terakhir Ramadan pada 9 April dari 2 petang hingga 9 malam. Penderma bakal menerima kurma ajwa atau kuih Raya dengan memberi sumbangan $300 ke atas.

KEGIATAN RAMADAN


Selain sedekah, Muhammadiyah juga berharap orang ramai berebut peluang emas akhir Ramadan ini untuk mengumpul pahala beribadah.

Walaupun Pusat Muhammadiyah ditutup bagi kerja naik taraf, Muhammadiyah tetap berusaha memastikan kegiatan Ramadan seperti iftar komuniti, solat tarawih, tazkirah dan kelas Al-Quran masih boleh diteruskan di tempat lain.

Persatuan Arab, Al-Wehdah, dan Rumah Kebajikan Muhammadiyah telah membuka pintu untuk persatuan ini menggunakan premis mereka bagi kegiatan ibadah ini agar jemaah dan komuniti Muhammadiyah masih boleh berkumpul seperti yang mereka lakukan setiap Ramadan di Pusat Muhammadiyah.

Kegiatan Ramadan Muhammadiyah juga terbuka kepada orang ramai, dan persatuan ini menjemput semua agar menyertai jemaah terutamanya dalam beberapa hari terakhir Ramadan.

Walaupun Muhammadiyah tidak dapat menganjurkan kegiatan qiamullail pada 10 hari terakhir Ramadan kali ini kerana tidak mempunyai ruang sendiri, program qiamullail untuk madrasah hujung minggu, Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA), tetap akan dianjurkan, dengan ihsan Masjid Al-Istighfar kerana telah membenarkan Muhammadiyah menggunakan premisnya untuk program dua hari satu malam ini.

Ini bertujuan menyemai (tarbiah) generasi muda untuk mengerjakan solat malam, dan berkongsi makna malam lailatulqadar.


Selain solat tarawih dan qiamullail, program ini juga merangkumi kegiatan pembinaan pasukan untuk anak muda ini menimba ilmu pengetahuan Islam dan kemahiran hidup yang berguna di luar persekitaran bilik darjah mereka.

Semoga apa yang diusahakan Persatuan Muhammadiyah ini memudahkan orang ramai menghebatkan usaha sedekah dan ibadah mereka, merebut peluang terakhir untuk mendapatkan ganjaran pada bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menghulurkan sumbangan, sila layari muhammadiyah.org.sg/zakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >