Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rekod hujan di barat S’pura pada 14 Okt antara tertinggi sejak 1978

Oct 15, 2024 | 4:24 PM
Paras air yang tinggi kelihatan di longkang besar Sungai Pandan Kechil akibat hujan lebat pada 14 Oktober.
Paras air yang tinggi kelihatan di longkang besar Sungai Pandan Kechil akibat hujan lebat pada 14 Oktober. - Foto ST

Bahagian barat Singapura mengalami hujan antara paling lebat di sini dalam tempoh 40 tahun pada pagi 14 Oktober, dengan serata pulau dilanda ribut petir.

Sekitar 134.8 milimeter (mm) hujan dicatatkan di barat Singapura dari 8.15 pagi hingga 1.50 petang, jumlah tertinggi dalam tempoh tersebut, kata agensi air negara, PUB, di Facebook pada 14 Oktober.

“Jumlah ini bersamaan dengan 80 peratus purata hujan bulanan Singapura pada Oktober, dan berada dalam rekod 1 peratus tertinggi hujan harian maksimum sejak 1978,” kata PUB.

Menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), purata hujan pada Oktober yang direkodkan antara 1991 dengan 2020 adalah 168.3mm.

Hujan lebat pada 14 Oktober mengakibatkan banjir di banyak kawasan seperti Tampines dan Bukit Timah, dengan video di media sosial menunjukkan kenderaan mengharungi jalan yang dinaiki air dengan perlahan-lahan, lapor The Straits Times.

PUB berkata ia telah mengeluarkan amaran risiko banjir di 15 lokasi, termasuk Dunearn Road di Bukit Timah, sebahagian kawasan di Bedok dan Jalan Seaview berhampiran Mountbatten Road.

Banjir di Dunearn Road turut menjejas laluan pejalan kaki dan perhentian bas.

Ia berpunca daripada paras air yang tinggi di longkang bersebelahan dan di longkang besar Bukit Timah, kata PUB, sambil menambah bahawa air telah surut dalam tempoh 20 minit.

Menurutnya, kerja-kerja sedang dijalankan untuk menambah kedalaman dan kelebaran satu bahagian daripada longkang besar Bukit Timah sepanjang 900 meter, dan ia dijangka siap menjelang 2026.

Dalam panduan yang dikeluarkan pada 1 Oktober, MSS berkata hujan berserta guruh dijangka pada petang kebanyakan hari di separuh pertama Oktober, dan pada beberapa hari, ia mungkin berlarutan hingga malam.

PUB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan aplikasi MyENV dan melanggan saluran Telegram Amaran Banjir PUB (https://t.me/pubfloodalerts) untuk mendapatkan amaran hujan lebat dan risiko banjir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg