Relawan bantu bungkus, agih habuan Ramadan MKAC

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Relawan bantu bungkus, agih habuan Ramadan MKAC

Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Relawan bantu bungkus, agih habuan Ramadan MKAC

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sukarelawan
Pelajar Sekolah Menengah Perempuan Nanyang, Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Sekolah Antarabangsa India Global membungkus pek habuan Ramadan bagi benefisiari Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC). - Foto MKAC

Di bawah satu inisiatif tahunan Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), 280 pek penjagaan bagi persiapan menyambut Ramadan – ‘Ramadan Compassion Box 2026’ – diagih sukarelawan MKAC ke rumah penerima manfaat di seluruh negara pada 7 Mac.

Pek mengandungi beras, minyak, kuih Raya, kurma, keropok dan pelbagai lagi itu dibungkus dengan teliti di pejabat MKAC di 122 Jalan Telok Kurau.

Menurut Presiden Kehormat MKAC, Encik Ameerali Abdeali, pek-pek itu dihantar kepada benefisiari yang termasuk pesakit ginjal berdaftar dan bukan pesakit ginjal yang berdepan masalah kewangan atau kesihatan, bagi memastikan keluarga mereka mendapat sokongan buat Ramadan.

Seramai 30 sukarelawan pelajar Sekolah Menengah Perempuan Nanyang, Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Sekolah Antarabangsa India Global membantu dalam pembungkusan. Semangat dan kerja berpasukan mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kelicinan usaha itu.

Sementara itu, 54 sukarelawan yang terdiri daripada anggota bomba Balai Bomba Tuas View, penunggang motosikal kumpulan S.O.G Singapura, wakil Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Ismaili CIVIC, serta orang awam, membantu menghantar pek itu ke rumah penerima. Komitmen mereka memastikan setiap pek penjagaan itu tiba di rumah benefisiari dalam keadaan baik.

MKAC terharu melihat sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat itu membawa rakan dan keluarga mereka untuk menyumbang masa dan tenaga membantu mereka yang memerlukan. Semangat mereka mencerminkan nilai-nilai Ramadan.

“MKAC merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada semua penderma, sukarelawan pembungkusan dan sukarelawan penghantaran atas sokongan dan kemurahan hati mereka yang berterusan, yang menjadikan ‘Ramadan Compassion Box 2026’ satu usaha bermakna dan berjaya dalam berkhidmat kepada masyarakat,” kata Encik Ameerali.

Imbas kod QR ini untuk sokong MKAC.
Imbas kod QR ini untuk sokong MKAC. -

Beliau mengalu-alukan sumbangan berterusan orang ramai dan menyeru lebih ramai sukarelawan sama-sama menyokong agar inisiatif murni itu dapat diteruskan.

CARA SUMBANG KEPADA MKAC:

1.⁠ ⁠Tunai di pejabat MKAC: 122 Telok Kurau Road.

2.⁠ ⁠Paynow: (UEN) T04SS0068D.

3.⁠ ⁠Pemindahan Bank: Akaun Semasa DBS 029-901280-0.

4.⁠ ⁠Cek atas nama ‘MKAC Association’ atau ‘Muslim Kidney Action Association’ dan hantarkan ke 122 Telok Kurau Road, Singapura 423806.

5. Hubungi talian 9179-3625 jika berminat menjadi sukarelawan.

6. Lungsuri laman https://www.mkac.sg/ bagi maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg