Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja ancam lelaki dengan parang, paksa minum air kencing hadapi probesyen 2 tahun

Jun 18, 2024 | 5:07 PM
Pesalah itu, kini 18 tahun, perlu meluangkan setahun di Singapore Boys’ Hostel dan melakukan 100 jam khidmat masyarakat.
Pesalah itu, kini 18 tahun, perlu meluangkan setahun di Singapore Boys’ Hostel dan melakukan 100 jam khidmat masyarakat. - Foto fail

Seorang remaja yang meletakkan parang pada leher mangsa berusia 16 tahun dan mengarahkan lelaki itu untuk berbogel dan memaksanya minum air kencing daripada sebuah botol diperintahkan pada 18 Jun untuk menjalani probesyen selama dua tahun.

Sebagai sebahagian daripada hukumannya, pesalah yang kini berusia 18 tahun, perlu ditempatkan di pusat pemulihan akhlak Singapore Boys’ Hostel dan melakukan 100 jam khidmat masyarakat.

Dia juga dikenakan kawalan pergerakan – mesti berada di dalam rumah dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari – dan ibunya perlu memberi jaminan bon berjumlah $5,000 untuk memastikan anaknya berkelakukan baik.

Pesalah itu, yang dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai A1, tidak boleh dinamakan, setelah hakim melaksanakan ‘Gag Order’ atau ‘Perintah Larang Suara’.

A1, yang berusia 18 tahun pada September 2023, mengaku bersalah pada April lalu atas satu pertuduhan bagi setiap satu ugutan dan menjadi ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Dia melakukan kesalahan tersebut bersama empat rakan sejenayah, yang dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai B1, B2, B3 dan B4. Mereka adalah rakan-rakan pesalah dan berusia antara 15 dan 17 tahun pada waktu kesalahan pada Mac 2023.

Nama-nama kesemua enam lelaki telah disunting dan tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.

A1 jumpa empat rakannya pada Mac 2023 dan memberitahu mereka bahawa dia mahu membelasah mangsa kerana “mengganggu” seorang rakan wanita.

Dia memberitahu mereka dia akan menggunakan akaun Instagram wanita itu untuk menarik mangsa untuk berjumpa dengannya.

Pada 16 Mac tahun itu, dia mesej mangsa itu daripada akaun Instagram wanita itu, menanya mangsa untuk berjumpa wanita itu dalam tempoh empat hari di sebuah tandas awam di Bukit Batok untuk “seks”.

Pada hari itu, A1 dan rakan sejenayah berjumpa di sebuah tempat meletak kereta, di mana dia memberitahu B2 dan B3 untuk kencing di dalam sebuah botol.

Dia kemudian bersembunyi di sebuah tandas sementara kawan-kawannya menunggu mangsa di tangga berdekatan.

Apabila mangsa pergi ke tandas dan ketuk pintu, A1 menariknya masuk dan rakan suhabatnya mengekorinya.

A1 kemudian mengugut mangsa dengan parang.

A1 perintah mangsa untuk berbogel dan memberitahu dia akan ditetak dengan senjata itu jika dia tidak berbogel sebelum A1 habis hisap rokok. Mangsa akur kerana takut.

A1 mengarahkan mangsa melutut di hadapannya dan memukul budak lelaki itu sebelum menyuruhnya meminta maaf kepada rakan wanita itu. A1 dan B4 merakam video mangsa berbuat demikian.

Tidak lama kemudian, A1 menyuruh mangsa meminum air kencing di dalam botol tersebut.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya Pavithra Ramkumar berkata: “A1 merakam mangsa minum air kencing. A1 berniat untuk menunjukkan video itu kepada rakan wanitanya dan dengan itu merosakkan reputasi mangsa.”

Menurut dokumen mahkamah, B1 menumbuk dan menendang mangsa beberapa kali sebelum A1 menyuruh mangsa memakai pakaiannya.

Selepas enam budak lelaki itu meninggalkan tandas itu, A1 memberi amaran kepada mangsa bahawa dia akan menyerangnya jika polis dimaklumkan. A1 kemudian menunjukkan video tersebut kepada rakan perempuan tersebut.

Bapa mangsa menyedari anaknya cedera apabila budak itu pulang ke rumah kira-kira pada 9.20 malam.

Dia membawa anaknya ke Hospital Universiti Nasional, di mana budak lelaki itu didapati mengalami lebam dan calar di muka. Mangsa membuat laporan polis pada 21 Mac 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg