Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bertengkar guna kata-kata kesat, lelaki maut dipukul rakan

May 8, 2024 | 5:08 PM
Pihak polis menutup mayat lelaki yang maut akibat dipukul rakannya di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, dipercayai gara-gara menggunakan kata-kata kesat ketika bertengkar.
Pihak polis menutup mayat lelaki yang maut akibat dipukul rakannya di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, dipercayai gara-gara menggunakan kata-kata kesat ketika bertengkar. - Foto BHM

PASIR GUDANG: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dipukul rakannya selepas berlaku perselisihan faham membabitkan kata-kata kesat.

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, pada 5 Mei.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Sohaimi Ishak, berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan bertengkar dengan rakan berumur 29 tahun mengenai perkara peribadi.

Beliau berkata pertengkaran itu bagaimanapun dipercayai semakin serius apabila kededuanya saling melemparkan kata-kata kesat.

“Pergaduhan yang pada mula hanya membabitkan kata-kata kesat itu bertukar ganas apabila rakan mangsa didakwa tiba-tiba memukulnya.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan topi keledar sebelum hilang imbangan dan pengsan di hadapan restoran berkenaan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian susulan aduan orang awam di situ.

“Bagaimanapun, senjata sebenar yang digunakan untuk memukul mangsa masih dalam siasatan. Kita sedang menunggu laporan analisis bedah siasat yang dilakukan pada 7 Mei,” katanya beliau dalam Berita Harian Malaysia.

Susulan itu, Encik Sohaimi berkata polis berjaya mengesan suspek di rumah sewanya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian, sejurus selepas kejadian tersebut.

Beliau berkata suspek kini direman tujuh hari bermula 7 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Berdasarkan hasil siasatan awal, suspek didapati mempunyai enam rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan jenayah,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg