Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Remaja berusia 14, 13 tahun ditahan kerana ambil dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja berusia 14, 13 tahun ditahan kerana ambil dadah

Feb 08, 2024 | 06:01 PM



Tiga remaja perempuan ditahan kerana menyalahgunakan Ice selepas mereka mengaku mengambil dadah beberapa kali secara bersama, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 8 Februari.

Seorang daripada mereka berusia 14 tahun dan dua lagi berusia 13 tahun, lapor The Straits Times.


Pada 6 Februari, pegawai CNB menahan remaja perempuan berusia 14 tahun itu kerana mengesyaki dia mengambil dadah di rumahnya, setelah menjumpai satu peket dadah yang telah digunakan di bilik remaja itu.

Selepas itu, pegawai menahan dua rakan remaja di rumah mereka.

Peralatan menggunakan dadah turut dirampas dari rumah salah seorang remaja berusia 13 tahun itu.

Siasatan awal menunjukkan remaja perempuan berusia 14 tahun itu mula mengambil dadah jenis methamphetamine, atau lebih dikenali sebagai Ice, sejak setahun lalu.

Kali terakhir dia mengambil dadah itu kira-kira seminggu sebelum ditangkap, di rumahnya bersama dua rakannya, kata CNB.

Seorang daripada remaja perempuan berusia 13 tahun itu mula mengambil dadah itu akibat perasaan ingin tahu selepas melihat rakan-rakannya berbuat demikian.

CNB berkata butiran kes ini menyokong beberapa penemuan penting daripada tinjauan Kesihatan dan Gaya Hidup 2022 Institut Kesihatan Mental.

Purata umur seseorang yang mula menyalahgunakan dadah ialah 15.9 tahun, dan 41.8 peratus daripada mereka yang menyalahgunakan dadah bermula sebelum umur 18 tahun.

Tambahan pula, rumah sendiri atau rumah rakan merupakan lokasi yang paling kerap digunakan untuk mengambil dadah, dan perasaan ingin tahu adalah salah satu sebab utama penyalahgunaan dadah.

Timbalan pengarah CNB, Encik Sng Chern Hong, berkata: “Kes ini merupakan peringatan bahawa usaha untuk mengatasi penyalahgunaan dadah tidak boleh dicapai oleh CNB dengan sendiri, dan ibu bapa, ahli keluarga, pihak sekolah kesemuanya mempunyai peranan.


“Adalah penting untuk ibu bapa mula berbual bersama anak-anak mereka tentang bahaya dadah demi membina daya tahan mereka terhadap dadah.”


Encik Sng juga menggesa ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak mereka supaya tidak terdorong dan rasa tertekan oleh rakan mereka untuk mengambil dadah, kerana penyalahgunaan dadah boleh membawa kesan jangka panjang.


Siasatan terhadap ketiga-tiga remaja itu sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >