Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja ingkar arahan pegawai LTA hadapi tuduhan ke-7

Jul 18, 2024 | 2:43 PM
Remaja berusia 18 tahun itu dituduh memberikan butiran akaun Singpass-nya kepada orang yang tidak dikenali di wadah pemesejan Telegram pada 2023.
Remaja berusia 18 tahun itu dituduh memberikan butiran akaun Singpass-nya kepada orang yang tidak dikenali di wadah pemesejan Telegram pada 2023. - Foto PIXABAY

Remaja yang terlibat dalam insiden kejar-mengejar motosikal dengan pegawai penguat kuasa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 4 Jun lalu hingga mengakibatkan kemalangan dan kematian anggota itu, berdepan tuduhan ketujuh di Mahkamah Negara pada 18 Julai.

Remaja berusia 18 tahun itu dituduh memberikan butiran akaun Singpass miliknya kepada orang yang tidak dikenali di platform pemesejan Telegram pada 2023, lapor akhbar The Straits Times.

Dia didakwa telah dijanjikan pinjaman $300 untuk butiran itu. Bagaimanapun tidak dinyatakan di mahkamah jika remaja itu akhirnya menerima wang tersebut.

Enam pertuduhan lain membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas, serta kesalahan memiliki senjata dan mengambil dadah.

Remaja itu tidak boleh dinamakan kerana berusia 17 tahun apabila dia didakwa mengambil dadah methamphetamine atau dikenali sebagai syabu pada 7 Ogos 2023.

Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Kesnya akan didengar lagi pada 15 Ogos ini.

Pada 18 Julai lalu, tertuduh meminta semakan ikat jamin daripada mahkamah kerana ibunya seorang diri di rumah.

Remaja itu yang kini ditahan reman, menghadiri sesi perbicaraan dalam talian.

Pihak pendakwaan berkata tertuduh tidak diberi ikat jamin kerana sebelum ini dia pernah gagal melaporkan diri kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) semasa diikat jamin.

Hakim membenarkan remaja itu memohon semakan ikat jamin pada 22 Julai.

Pada 4 Jun, tertuduh dikatakan sedang menunggang motosikal di Ekspreswe Seletar (SLE) apabila pegawai penguat kuasa LTA bertugas, Encik Zdulfika Ahakasah, mengarahkannya berhenti.

Remaja itu terus memecut ketika itu selepas dia didakwa mengambil dadah syabu pada 2023.

Dia bukan sahaja tidak berhenti malah turut merentasi dua lorong dan pembahagi jalan di ekspreswe berkenaan, sebelum membelok ke kanan secara tiba-tiba dan memotong laluan sebuah lori.

Encik Zdulfika mengejar dari belakang sebelum merempuh motosikalnya ke pembahagi jalan. Beliau meninggal dunia di hospital akibat kecederaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg