Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja perempuan 19 tahun didakwa iklan ‘vape’ di WhatsApp

Jul 22, 2025 | 7:02 PM
Remaja perempuan, Albee Chai Buo Yin, didakwa atas satu pertuduhan memiliki tujuh peranti ‘vape’ di sebuah flat di Jurong West dan satu pertuduhan menjual tiga ‘vape’ pakai buang.
Remaja perempuan, Albee Chai Buo Yin, didakwa atas satu pertuduhan memiliki tujuh peranti ‘vape’ di sebuah flat di Jurong West dan satu pertuduhan menjual tiga ‘vape’ pakai buang. - Foto fail

Seorang remaja perempuan yang disyaki memuat naik iklan memaparkan pelbagai jenis rokok elektronik (e-rokok) melalui aplikasi WhatsApp telah didakwa pada 22 Julai atas kesalahan berkaitan ‘vape’.

Albee Chai Buo Yin, 19 tahun, turut didakwa atas satu pertuduhan memiliki tujuh peranti ‘vape’ di sebuah flat di Jurong West dan satu pertuduhan menjual tiga ‘vape’ pakai buang.

Remaja warga Singapura itu, yang didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Ogos dengan Disember 2024, dijangka mengaku bersalah pada 19 Ogos, lapor The Straits Times (ST).

Mereka yang didapati memiliki, menggunakan atau membeli ‘vape’ boleh dikenakan denda maksimum $2,000.

Sesiapa yang didapati mengedar, mengimport atau menjual ‘vape’ dan komponennya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda sehingga $10,000.

Mereka yang didapati memiliki atau menggunakan pod yang mengandungi etomidate, juga dikenali sebagai ‘Kpod’, boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $10,000.

‘Kpod’ ialah ‘vape’ yang dicampur dengan bahan-bahan dadah seperti etomidate atau ketamin.

Etomidate yang diklasifikasikan sebagai racun di bawah Akta Racun, digunakan di hospital untuk memberi kesan pelali semasa prosedur perubatan. 

Ia sepatutnya hanya disuntik ke dalam salur darah di bawah pengawasan klinikal dan bukan disedut.

Apabila disedut, ia akan terus memasuki paru-paru dan boleh mencetuskan kekejangan, masalah pernafasan, sawan dan juga gangguan mental.

Individu yang memerlukan bantuan untuk berhenti menghisap ‘vape’ boleh menyertai program ‘I Quit’ anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dengan menghubungi QuitLine di talian 1800-438-2000.

QuitLine adalah sebahagian daripada program ‘I Quit’ HPB, yang dilancarkan pada 2014 untuk membantu peserta berhenti merokok.

Ia juga menerima peserta yang ingin berhenti menghisap ‘vape’.

Peserta program tidak perlu risau akan dikenakan tindakan undang-undang, kerana penyertaan dalam program itu tidak bermaksud mereka sedang menggunakan atau pernah menggunakan produk ‘vape’.

Namun, mereka yang ditangkap menggunakan atau memiliki produk tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg