Remaja, pesalah dadah dengan pendidikan tertiari di DRC naik pada 2025
Remaja, pesalah dadah dengan pendidikan tertiari di DRC naik pada 2025
Peningkatan hampir 60 peratus dalam kemasukan remaja ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC) dicatatkan pada 2025, melebihi angka 2024 dan 2023.
Tahun 2025 menyaksikan 64 remaja, berusia 19 tahun dan ke bawah, dihantar ke DRC.
Angka ini melonjak ketara berbanding 33 pada setiap tahun pada 2024 dan 2023, seperti yang dilaporkan dalam statistik 2025 yang dikeluarkan bersama oleh Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG) pada 9 Februari.
Dalam pada itu, bilangan pesalah dadah yang memasuki DRC dengan sekurang-kurangnya pendidikan tertiari juga menunjukkan trend menaik.
Seramai 233 banduan yang dimasukkan ke DRC pada 2025 memiliki latar belakang pendidikan tertiari, bertambah daripada 224 pada 2024 dan 209 pada 2023.

