Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rentetan Tsunami 2004

Dec 22, 2024 | 5:30 AM
Sebuah kawasan yang dikenali sebagai Krueng Raya di Aceh musnah akibat gempa bumi yang disusuli tsunami, sehingga mengorbankan lebih 100,000 di wilayah Aceh sahaja.
Sebuah kawasan yang dikenali sebagai Krueng Raya di Aceh musnah akibat gempa bumi yang disusuli tsunami, sehingga mengorbankan lebih 100,000 di wilayah Aceh sahaja. - Foto fail

Satu gegaran gempa bumi yang kuat melanda Indonesia pada Ahad, 26 Disember 2004.

Kesan daripada gegaran tersebut telah menyebabkan bencana tsunami dan dianggarkan hampir suku juta mangsa dari 15 negara terkorban – dengan Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, dan Thailand mengalami kesan paling dahsyat.

Berikut adalah rentetan bencana itu seperti yang pernah dilaporkan di The Straits Times:

– 8.58 pagi (waktu Singapura): Satu gegaran gempa bumi berukuran 9.3 pada skala Richter menggoncang 300 kilometer di dasar laut barat Medan, Sumatera.

– 9.07 pagi: Isyarat seismik awal mencetuskan amaran di Pusat Amaran Tsunami Pasifik NOAA (PTWC) di Hawaii.

– 9.14 pagi: PTWC mengeluarkan buletin memberikan maklumat mengenai gempa bumi yang menyatakan tiada ancaman tsunami ke pantai Pasifik. Ia tidak mengesan sebarang aktiviti tsunami di Lautan Hindi memandangkan tiada pelampung diletakkan di sana. Dalam beberapa minit, tsunami ombak mula melanda pantai Sumatera dan kepulauan Nikobar.

– 10.04 pagi: PTWC mengeluarkan buletin kedua, yang menyatakan bahawa kemungkinan tsunami dekat pusat gempa bumi. Tetapi tiada mekanisme yang wujud waktu itu untuk menyebarkan amaran kepada negara-negara di sekitar Lautan Hindi.

– 10.45 pagi: Gelombang tsunami mula menerjah pantai Sri Lanka, India dan Thailand.

– 12.30 tengah hari: Tsunami melanda Maldives.

– 1.12 petang: Agensi Reuters mengeluarkan laporan pertama yang menyatakan bahawa tsunami melanda Sri Lanka, mengorbankan 150 jiwa. Ia juga melaporkan 100 kecederaan akibat tsunami di Thailand.

– 4.15 petang: PTWC memberi amaran tsunami di barat Lautan Hindi berdasarkan saiz gempa bumi dan laporan impak tsunami di Teluk Bengal. Gelombang tsunami kemudian melanda pantai Timur Afrika.

– Secara keseluruhannya, jumlah mereka yang terkorban akibat bencana ini adalah seramai 226,634 orang. Berikut angka kematian berdasarkan lokasi:

India: 16,389 orang

Thailand: 8,240 orang

Indonesia: 166,334 orang

Sri Lanka: 35,262 orang

Myanmar: 59 orang

Malaysia: 74 orang

Sejumlah kematian juga dicatat di negara seperti Yaman, Somalia, Maldives, Kenya, Seychelles, Tanzania dan Afrika Selatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg