Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Medan kurma Ajwa sempena Ramadan di Al Barakah

Feb 21, 2025 | 5:30 AM
Kurma Ajwa yang ditawarkan di Al Barakah dibungkus secara berasingan agar mudah digunakan untuk berbuka puasa di luar rumah atau dibawa ke mana sahaja.
Kurma Ajwa yang ditawarkan di Al Barakah dibungkus secara berasingan agar mudah digunakan untuk berbuka puasa di luar rumah atau dibawa ke mana sahaja. - Foto AL BARAKAH

Bagi peminat kurma Ajwa dari kota Madinah, Arab Saudi, Pasar Kurma Al Barakah menawarkan pelbagai jenis kurma Ajwa bermutu tinggi bagi tahun 2025 ini. Kurma ini boleh dinikmati bersama keluarga sempena Ramadan yang bakal menjelang.

Dikenali juga sebagai ‘kurma Nabi’, kurma Ajwa bukan sahaja digemari kerana rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut, bahkan ia mempunyai keistimewaan yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad saw.

TIGA JENIS KURMA AJWA

Menurut Pemilik dan Ketua Pengerusi Al Barakah, Encik Abdul Rahman Bahurudeen, Pasar Kurma Al Barakah menawarkan tiga jenis utama kurma Ajwa yang popular lagi diminati ramai.

Kurma Ajwa Aaliyah, Ajwa Madeenah dan Ajwa Rotab, masing-masing dengan ciri-ciri dan harga tersendiri untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

1. Ajwa Aaliyah

Encik Abdul Rahman menjelaskan, kurma Ajwa Aaliyah ini adalah antara jenis kurma Ajwa yang paling eksklusif dan tinggi harganya kerana ditanam di kawasan tanah tinggi di kawasan Madinah, lebih kurang 5 kilometer hingga 7 kilometer dari arah Tenggara Masjid Nabawi.

Kawasan ini yang juga dikenali sebagai Al-Awaali mempunyai tanah yang subur dan dikelilingi pancuran air yang baik dan dapat menghasilkan buah kurma Ajwa yang lebih konsisten dari segi mutu.

Bagaimanapun, projek-projek menaik taraf di kota Madinah yang kerap dilakukan untuk menampung jemaah haji dan umrah, telah menyebabkan tanah di kawasan Al-Awaali ini bertambah mahal.

Ladang-ladang kurma ini telah digantikan dengan perumahan dan bangunan komersial kerana ia dapat mendatangkan keuntungan yang lebih banyak bagi pihak pemaju.

Ini adalah punca utama mengapa harga Ajwa Aaliyah yang asli dari kawasan Al Awaali jauh lebih mahal daripada Ajwa Madeenah secara umumnya.

2. Ajwa Madeenah

Ditanam di kawasan Madinah secara umum mengikut peta Kerajaan Arab Saudi pada waktu ini. Kurma Ajwa Madeenah terkenal dengan warna hitam keperangan-perangannya serta tekstur yang lebih padat tetapi tetap lembut ketika dikunyah. Rasa manisnya lebih seimbang dengan sedikit rasa karamel lemak manis yang semula jadi.

3. Ajwa Rotab

Kurma Ajwa Rotab ini pula hanya boleh didapati di gerai Pasar Kurma Al Barakah. Kurma Ajwa Rotab ini lebih segar dan lembut dengan kandungan kelembapan yang lebih tinggi. Ia memberikan rasa manis yang semula jadi dan sesuai dinikmati secara langsung atau dijadikan hidangan istimewa dalam juadah harian.

Namun demikian, kurma Ajwa Rotab perlu penyimpanan yang khusus, seperti disimpan di dalam peti sejuk setiap masa bagi memastikan ia tetap segar dan tidak mudah rosak.

Pelbagai pilihan pembungkusan kurma di Al Barakah

Bagi memudahkan pembelian dan menjadikannya lebih sesuai sebagai hadiah atau sajian istimewa bersama keluarga dan teman-teman, Pasar Kurma Al Barakah menawarkan kurma Ajwa dalam pelbagai saiz pembungkusan yang menarik:

1. Kotak hadiah tujuh biji 200 gram: Kurma Ajwa dibungkus satu per satu, sesuai sebagai hadiah kecil atau buah tangan istimewa.

2. Kotak hadiah premium 200 gram, 300gram, 500gram dan 1 kilogram: Untuk pelanggan yang ingin membeli dalam jumlah lebih banyak, sama ada bagi kegunaan sendiri atau sebagai hadiah eksklusif.

3. Bungkusan pukal 5 kilogram: Untuk mereka yang ingin mendapatkan penjimatan lebih daripada 20 peratus.

Dengan jaminan mutu terbaik serta harga yang berpatutan, Pasar Kurma Al Barakah terus menjadi pilihan utama dalam kalangan penduduk setempat yang mencari kurma Ajwa asli dari Madinah.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kedai Al Barakah atau hubunginya melalui media sosial rasmi, Facebook / Al Barakah Health and Beauty Mart.

Dapatkan sajian kurma yang rencam serta bermutu tinggi dari Pasar Kurma Al Barakah dengan melayari https://shop.barakah.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg