Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ROMM pilih Ar-Raudhah antara masjid bincang tangani isu pertikaian rumah tangga

Aug 30, 2024 | 5:30 AM
Masjid Ar-Raudhah adalah salah satu tuan rumah bagi acara, Bersamamu Forums @ Heartlands yang akan berlangsung pada September 2024.
Masjid Ar-Raudhah adalah salah satu tuan rumah bagi acara, Bersamamu Forums @ Heartlands yang akan berlangsung pada September 2024. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Pada September 2024, Masjid Ar-Raudhah terpilih untuk menjadi salah satu tuan rumah bagi program, Bersamamu Forums @ Heartlands.

Forum ini adalah sebahagian daripada acara sambutan ulang tahun kelima program, ‘Bersamamu’ di bawah Bidang Tumpuan 1 (FA1) M Kuasa Tiga (M³).

Program ‘Bersamamu’ ini merupakan antara daya usaha untuk menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak, yang diterajui Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Ia diperkenalkan pada 2019 dengan kerjasama Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Yayasan Mendaki. Ia juga menerima sokongan Kementerian Pembangunan Sosial & Keluarga (MSF).

Lebih 28,000 pasangan sejauh ini telah meraih manfaat daripada program, ‘Bersamamu’ melalui bimbingan Kadi dan Naib Kadi selaku pendamping mereka, bersama pasangan sebelum dan setelah pernikahan.

Pada acara itu, forum bertajuk, Ku Sangka Panas Berpanjangan, Rupanya Gerimis Mengundang bakal membincangkan mengenai pendekatan pragmatik dalam menguruskan perselisihan antara pasangan suami isteri.

Matlamat forum antara lain, bagi memberikan panduan berhubung rumah tangga di samping mendekati masyarakat Islam melalui ruangan masjid.

Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata pihak masjid amat teruja dipilih sebagai salah satu tempat untuk program tersebut.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada ROMM kerana sudi memilih Masjid Ar-Raudhah sebagai salah satu tuan rumah, bagi program ulang tahun kelima program ‘Bersamamu’ ini.

“Semoga dengan sumbangan Masjid Ar-Raudhah yang sedikit ini, kita akan dapat bersama memainkan peranan menyokong kejayaan program ini,” jelas Ustaz Mohamed Ali.

Barisan anggota panel undangan termasuk Naib Kadi, Ustaz Mohd Irwan Shah Sudiman; Kaunselor Kanan, Encik Ali Mahmood; sementara Naib Kadi, Ustaz Mohd Nazim Rahuma Dhulla bertindak selaku moderator.

Encik Ali akan berkongsi tentang bagaimana menangani perselisihan dan cara mengurusnya dengan berkesan sambil berbincang tentang punca perselisihan tersebut dan akibatnya.

Ustaz Irwan Shah pula akan menyentuh tentang isu ‘Al-ghadhab’ (kemarahan) dan ‘Al-isti’jal’ (gopoh) di samping bagaimana menyemai tiga prinsip Sakinah (tenteram), Mawadah (kasih sayang) dan Rahmah (kelembutan hati dan empati).

Peserta juga berpeluang menghantar soalan melalui wadah digital Pigeonhole, dengan pautan yang akan disediakan pada hari tersebut.

“Harapan pihak masjid semoga dengan menghadiri forum ini, pasangan dapat mengeratkan perhubungan dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada mereka,” ujar Ustaz Mohamed Ali.

Forum ini akan diserikan oleh tetamu terhormat, Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam. Ia bakal berlangsung pada 21 September dari 5 petang hingga 7 malam.

Bagi anda yang berminat menghadiri forum ini, sila imbas kod QR yang tersedia untuk mendaftar.

Cara memberi sumbangan kepada projek peningkatan Masjid Ar-Raudhah

1. Tabung Masjid: Sila berikan sumbangan anda ke dalam tabung yang disediakan di masjid.

2. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

3. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

4. Hantarkan cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan poskan ke alamat, 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg