Syarikat setempat, Royal Kings Group, terus mencipta kejayaan sejak ditubuhkan lebih sedekad lalu.
Konglomerat mapan ini menawarkan perkhidmatan korporat, perdagangan borong, perundingan teknologi maklumat (IT) dan khidmat runding cara perniagaan.
Ia juga menyediakan nasihat berkaitan perniagaan dan pengembangan, kewangan dan butiran perakaunan belanjawan untuk syarikat dari dalam dan luar negara.
Diasaskan pada 2013 oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Encik Sirajuddin Syed Mohammed, firma ini terus berkembang dan kini beroperasi di Hong Kong, Indonesia, Thailand, Malaysia, India selain di Singapura.
Dengan ketibaan tahun baru 2025, Encik Sirajuddin, 46 tahun, yakin akan terus mara dan menembusi pasaran Melayu/Islam di sini dan menakluki rantau Asia Pasifik yang lain.
Malah syarikat ini juga telah meraih beberapa anugerah cemerlang.
Terbaru, Royal Kings Group memenangi Anugerah Bintang Kecemerlangan dalam Perkhidmatan yang diberi oleh Persatuan Hotel Singapura (SHA) buat tiga tahun berturut-turut sejak 2022 hingga ke 2024.
Encik Sirajuddin berkata firmanya yakin dan bertekad untuk terus memberi yang terbaik kepada pelanggan dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.
“Royal Kings Group telah mencerminkan lebih sedekad kejayaan dalam inovasi, pertumbuhan dan kepimpinan di rantau Asia Pasifik ini.
“Ditubuhkan 12 tahun lalu, syarikat kami yang berpangkalan di Singapura ini telah menembusi ke beberapa negara lain dan berkembang dengan pesat.
“Kami kekal komited untuk memperkasakan perniagaan, memupuk inovasi dan mencipta nilai yang mampan.
“Dengan pasukan kepimpinan yang mantap, visi yang jelas dengan pendekatan memfokuskan pelanggan, Royal Kings Group bersedia membawa kepakarannya ke era kecemerlangan baru,” jelas Encik Sirajuddin.
Royal Kings Group telah meluaskan kehadirannya di India dan Malaysia dengan beroperasi di Chennai dan Kuala Lumpur pada 2024.
Kerjasama dengan rakan kongsi tempatan ini mampu meningkatkan rangkaian perdagangan borong dan membantu penyelesaian permasalahan IT setempat.
Ia juga merancang mengembangkan perkhidmatan transformasi digitalnya, memberi tumpuan kepada penyepaduan analitik dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan (cloud) dan teknologi blockchain ke dalam operasi pelanggan.
Aset digital dan teknologi blok rantai ini, atau blockchain, dilihat mempunyai peranan penting dalam perihal jual beli di masa depan dan menjadikan pembayaran kewangan lebih mudah dan cepat.
Dengan kepakaran mereka, Royal Kings Group yakin penggunaan IT yang direka untuk syarikat pemula dan perniagaan kecil mampu membantu syarikat lain terus berkembang, dengan penggunaan transformasi digital yang boleh diakses dengan mudah dan selamat oleh semua pihak.
Memandang ke hadapan, sejak sekian lama menyediakan khidmat kepada firma peniaga India, Royal Kings Group kini lebih bersedia dan ingin menembusi pasaran Melayu/Islam di sini pula.
“
“Kami kekal komited untuk memperkasakan perniagaan, memupuk inovasi dan mencipta nilai yang mampan. Dengan pasukan kepimpinan yang mantap, visi yang jelas dengan pendekatan memfokuskan pelanggan, Royal Kings Group bersedia membawa kepakarannya ke era kecemerlangan baru.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg