Deruman helikopter kedengaran kuat di udara ketika anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mempersiapkan kenderaan tentera dengan penuh rapi sebelum berlepas.

Dalam satu demonstrasi kerjasama antara RSAF dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Skuadron 101 menggunakan helikopter Chinook milik RSAF bagi menampung anggota tentera dan kenderaan SAF semasa Latihan Wallaby (XWB) di Australia.

Mejar (MAJ) Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NS) Benny Tong, daripada Skuadron 101, berkata operasi sebegitu tidak mudah kerana keadaan sesetengah kawasan mungkin tidak sesuai untuk pendaratan.

“Menilai kawasan zon mendarat bukan perkara mudah kerana keadaan di lapangan itu kadangkala tidak sesuai.

“Berbeza daripada kawasan mendarat yang sedia ada, ada tempat yang mungkin mempunyai pepohon tinggi atau permukaan tanah yang tidak rata.

“Jadi, tugas kami adalah memastikan kawasan itu selamat untuk penerbangan, pendaratan serta sesuai untuk pasukan tentera masuk,” kata beliau.

Anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bergerak merentasi kawasan lapang sambil menuju ke Zon Pengambilan, di mana anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bakal dibawa ke lokasi seterusnya melalui helikopter ‘Chinook’.
Anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bergerak merentasi kawasan lapang sambil menuju ke Zon Pengambilan, di mana anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bakal dibawa ke lokasi seterusnya melalui helikopter ‘Chinook’. - Foto ST
Helikopter ‘Chinook’ bersiap mendarat di Zon Pengambilan untuk membawa anggota SAF semasa Latihan Wallaby di Shoalwater Bay, Australia.
Helikopter ‘Chinook’ bersiap mendarat di Zon Pengambilan untuk membawa anggota SAF semasa Latihan Wallaby di Shoalwater Bay, Australia. - Foto ST
Seorang anggota  Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan operasi anduh bawah atau ‘underslung’ dengan menyangkutkan kenderaan ‘Light Strike Vehicle Mark II’ kepada helikopter ‘Chinook’ milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) semasa Latihan Wallaby di Shoalwater Bay, Australia.
Seorang anggota  Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan operasi anduh bawah atau ‘underslung’ dengan menyangkutkan kenderaan ‘Light Strike Vehicle Mark II’ kepada helikopter ‘Chinook’ milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) semasa Latihan Wallaby di Shoalwater Bay, Australia. - Foto ST
Helikopter ‘Chinook’ RSAF berjaya membawa kenderaan ‘Light Strike Vehicle Mark II’ atau LSV (Kenderaan Tempur Ringan) dengan anggota SAF untuk menuju ke lokasi seterusnya.
Helikopter ‘Chinook’ RSAF berjaya membawa kenderaan ‘Light Strike Vehicle Mark II’ atau LSV (Kenderaan Tempur Ringan) dengan anggota SAF untuk menuju ke lokasi seterusnya. - Foto ST