Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ruang istirahat Sats di Terminal 3 dinaik taraf

Jul 3, 2024 | 6:21 PM
Sats
Reka bentuk dalaman hasil sentuhan karya seni artis dan pelajar tempatan terpapar di skrin besar ruang istirahat perdana Sats atau Sats Premier Lounge. - Foto ST

Pelanggan syarikat penerbangan di ruang istirahat perdana Sats atau Premier Lounge, yang dinaik taraf di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, kini boleh menjangkakan pengalaman perjalanan sebelum penerbangan dan transit yang lebih baik.

Ruang istirahat yang dibuka pada 3 Julai itu mengetengahkan hidangan Singapura seperti laksa, nasi ayam, mi udang dan makanan penjaja kegemaran yang lain dalam suasana yang menggabungkan unsur reka bentuk dalaman daripada artis dan pelajar tempatan.

Ia termasuk ruang Eksekutif baru yang menampilkan ‘pod’, atau tempat duduk peribadi, perkhidmatan makan, tempat duduk keluarga dan ruang makan serta kemudahan mesra perjalanan.

Dalam beberapa tahun akan datang, Sats akan mengembangkan pengubahsuaian ruang istirahat ke Lounge Premier yang lain di Terminal 1 dan 2, menurut kenyataan oleh syarikat Sats pada 3 Julai.

Kerjasama Sats dengan enam penjaja tempatan dan jenama makanan dan minuman terkenal – Rumah Makan Minang, Beach Road Prawn Noodle House, Boon Tong Kee, Killiney, Downstairs by Song Fa dan Ponggol Nasi Lemak – juga akan diketengahkan di Sats Premier Lounge di Terminal 3.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg