SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ruang kegiatan terbatas sepanjang Ramadan sedang masjid dinaik taraf

Ruang kegiatan terbatas sepanjang Ramadan sedang masjid dinaik taraf

Feb 21, 2025 | 5:30 AM

Ruang kegiatan terbatas sepanjang Ramadan sedang masjid dinaik taraf

Masjid Alkaff Kampung Melayu giat melaksanakan pelbagai kegiatan ukhrawi, selain turut menguruskan hal seperti penyediaan juadah berbuka puasa untuk jemaah.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan masjid juga memastikan urusan zakat berjalan lancar dan teratur sepanjang Ramadan.

Ketua Pegawai Perhubungan Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohamad Noor Samat, berkata penglibatan dan sumbangan tenaga daripada sukarelawan masjid sepanjang Ramadan amat dihargai.

Menurutnya, sukarelawan memberikan bantuan dalam pelbagai aspek demi memastikan segala kegiatan dan program yang dirancang sepanjang Ramadan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

“Kebiasaannya, masjid memang sibuk dengan pelbagai persiapan menjelang ketibaan Ramadan.

“Kami perlu memastikan imam-imam yang akan memimpin solat tarawih dan qiamullail solat malam tersedia, serta menyusun jadual tadarus untuk jemaah Muslimin dan Muslimat.

“Di samping itu, kami juga perlu mengatur pembekal atau katering untuk penyediaan bubur masjid, bagi juadah berbuka puasa dan sahur.

“Selain itu, kami juga perlu menyediakan kemudahan bagi pungutan zakat fitrah dan zakat harta demi memudahkan masyarakat Islam menunaikan kewajipan mereka.

“Dedikasi tinggi daripada sukarelawan Masjid Alkaff Kampung Melayu turut memainkan peranan penting dalam membantu kelancaran pengurusan masjid, terutamanya sepanjang bulan Ramadan,” jelas Ustaz Mohamad Noor.

Ustaz Mohamad Noor memberitahu Berita Harian (BH), di samping sibuk membuat persiapan Ramadan 2025, Masjid Alkaff Kampung Melayu juga sedang giat menguruskan Projek Peningkatan Masjid yang bakal bermula pada hujung April 2025.

Pihak masjid masih memerlukan dana $15 juta bagi kerja naik taraf untuk memudahkan warga emas bersolat dan beribadah dengan selesa melalui kemudahan yang disediakan di masjid.

“Projek peningkatan ini dianggarkan berjalan selama lebih kurang dua tahun.

“Maka, sambutan Ramadan buat Masjid Alkaff Kampung Melayu kali ini terdapat keterbatasan dari beberapa sudut seperti tempat berbuka puasa, jumlah jamuan berbuka puasa, tempat meletak kenderaan dan lain-lain lagi.

“Dengan Projek Peningkatan Masjid yang akan dijalankan nanti, dengan keterbatasan ruang di masjid ini, kami mengharapkan jemaah semua dapat memahami keadaan di Masjid Alkaff Kampung Melayu pada waktu ini.

“Kami mengharapkan kerjasama daripada jemaah sekalian agar sama-sama membantu melicinkan perjalanan iftar/buka puasa, solat tarawih dan yang lain-lainnya,” ujarnya.

Dengan projek peningkatan yang bakal dijalankan kelak, Masjid Alkaff Kampung Melayu memerlukan sokongan dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

“Kami mengharapkan sumbangan dan derma orang ramai bagi membantu Projek Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu.

“Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran amal jariah di sisi Allah swt, insya-Allah,” tambah Ustaz Mohamad Noor.

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.sg.

2. Cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow ke UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 5.30 petang. Pada Jumaat pula, waktu operasi bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

* Hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.

* Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok, Facebook dan Instagram: @MasjidAlkaffKampungMelayu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg