Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SAF akan terus sokong bantuan kemanusiaan dari S’pura ke Gaza: Zaqy

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF akan terus sokong bantuan kemanusiaan dari S’pura ke Gaza: Zaqy

Mar 17, 2024 | 09:11 PM



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan terus menyokong usaha bantuan kemanusiaan dari Singapura ke Gaza, termasuk menghantar bekalan dari Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad pada 17 Mac.

Beliau menambah SAF akan terus membawa masuk bekalan berikutan bantuan kemanusiaan yang dibawa ke Jordan pada 15 Mac.

Bekalan bantuan kemanusian itu, antara lain merangkumi pek makanan dan peralatan perubatan dihantar ke Jordan menggunakan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 dan pesawat pemunggah C-130 Hercules. 

Seramai 69 kakitangan SAF juga telah ke Jordan untuk misi kemanusiaan terbaru itu. 

“Kami pastinya berharap agar sikap belas ihsan ini, terutama pada bulan Ramadan, bukan sahaja memberi kelegaan tetapi juga harapan kepada penduduk di Gaza yang terjejas akibat konflik yang sedang berlaku itu,” kata Encik Zaqy, semasa bercakap dengan media dari Singapura, di Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan pada 17 Mac.

Pakej bantuan kemanusiaan kali ini adalah yang ketiga dihantar Singapura untuk Gaza sejak konflik Israel-Palestin terkini bermula pada 7 Oktober 2023.

Pakej bantuan pertama telah diserahkan oleh Palang Merah Singapura dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada 11 November 2023 di Kahirah, Mesir.

Pakej bantuan kemanusiaan kedua, yang termasuk ubat, barangan sanitasi dan penapis air, juga telah dihantar ke Mesir dan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), dengan SAF mengerahkan sebuah pesawat pengangkut Tangki Pelbagai Peranan A330 dan 46 anggota tentera untuk misi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >